Jumaat, 25 Julai 2014

DIPECAT KERANA TIDAK BERIKAN KERJASAMA !!! ADIL KE ???

Seorang operator panggilan kecemasan dinsebuah hospital di Sibu telah dipecat gara gara tidak mahu memberikan kerjasama setelah diminta untuk menghantar sebuah ambulan bagi membantu 3 orang mangsa kemalangan.


Bagi Sangkakala, nak menyalahkan operator berkenaan secara keseluruhan adalah amat tidak bertimbang rasa kerana beliau hanya menjalankan tugas dan ada kemungkinan polisi hospital swasta tempat beliau bekerja yang memaksa beliau untuk tidak memberikan bantuan kepada mangsa.

Maklumlah, hospital swasta sudah semestinya meementingkan keuntungan dan hasil keuntungan mereka berdasarkan pembayaran yang dibuat oleh pesakit.

Jadi ada kemungkinan juga operator berkenaan takut tiada bayaran yang akan dibuat kepada pihak majikan beliau maka pekerja berkenaan nekad untuk bertanya jika ambulan di hantar siapanyang akan membayar bil?

Apa yang jelas kita lihat dari persoalan yang diajukan oleh operator berkenaan, beliau hanya menjalankan amanah yang diberikan oleh majikannya yang berkemungkinan ingin tahu siapa yang akan melunaskan bil bil rawatan sebelum prosedur rawatan dilakukan.

Jadi pihak hospital jangan sekali kali merasa selesa dan selamat apabila mereka bertindak memecat mana mana pekerja yang menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.


Tiada ulasan: