Memaparkan catatan dengan label #prihatin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #prihatin. Papar semua catatan

Ahad, 27 Julai 2014

KETUA POLIS NEGARA TERUS DIBERI TEKANAN DI LAMAN SOSIAL @KBAB51

Kes bermula apabila Kiki Kamarudin atau lebih glamor digelar sebagai wanita 'stering lock' mendapat liputan meluas apabila video wanita berkenaan naik angin selepas kereta milik beliau dilanggar oleh seorang kelaki cina di siarkan dalam media sosial.

Lanjutan dengan itu, wanita berkenaan telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM 5 ribu ringgit dan kerja kebajikan selama 240 jam dan mendapat pelbagai respon dari penggiat laman sosial.

Tapi lebih menggemparkan lagi apabila kritikan yang dilakukan oleh penggiat media keatas Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara yang dikatakan berat sebelah apabila Kiki dikenakan hukuman dalam tempoh yang amat singkat tetapi beberapa kes lain yang serupa dan disiarkan dalam media sosial tidak mendapat perhatian oleh Ketua Polis dan Peguam Negara.


Seperti gambar yang Sangkakala siarkan diatas, lebih 500 like serta 190 komen telah dikemukakan oleh penggiat laman sosial facebook tetang Ketua Polis Negara dan apa yang Sangkakala lihat, status berkenaan masih lagi mendapat perhatian apabila ianya tidak lagi berhenti di kongsi oleh pengguna lain serta mendapat komen dari mereka.

Boleh lihat DISINI...

Mungkin dalam kenyataan akhbar seperti yang dinyatakan oleh pemilik akaun tersebut, Ketua Polis Negara cuba mengheret pasukan polis dalam kritikan yang diberi tetapi sebenarnya ia tidak begitu.

Apa yang Sangkakala lihat disini, orang ramai sudah mula tidak selesa dengan Ketua Polis Negara tetapi bukannya pasukan polis yang dilihat mempunyai kredibiliti dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Dalam komentar yang diberikan dalam ruangan komen akaun tersebut, jelas membuktikan bahawa rakyat kini meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara yang dilihat seolah olah acuh tak acuh dengan komitmen yang diberikan oleh rakyat.

Nampaknya KPN dan AG perlu menjawab segala kritikan yang dilemparkan oleh mereka dalan memastikan pasukan polis terus mendapat tempat di hati rakyat.




Jumaat, 25 Julai 2014

HARAM JADAH !!! ANAK YATIM PUN KORANG NAK TIPU

Bulan Ramadhan adalah hupan dimana umat Islam bukan hanya mencari keredhaan dan pahala berlebihan, mapah ianya juga merupakan bulan mulia dimana 8mat Islam digalakkan untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Memang tidak dinafikan bahawa bulan ini ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang berkemampuan akan memberikan hadiah atau memberikan makanan kepada golongan yang memerlukan terutamanya anak anak yatim.

Tapu adalah amat malang apabila ada sesetengah pihak yang tidak tahu atau tidak mengenal tanggungjawab mereka sebagai manusia yang dituntut untuk bersedekah dan tidak menganiaya sesama makhluk dimuka bumi.

Hingga ada diantara manusia manusia sebegini sanggup untuk menipu anak anak yatim dan golongan miskin seperti dalam hati mereka sudah tidak ada erti kasihan atau perikamusiaan.


Sangkakala terbaca dalam akhbar online Hmetro.com yang melaporkan bahawa ada pihak yang telah menipu anak anak yatim kononnya mereka akan dibawa dalam satu jamuan berbuka puasa dan setelah mereka sampai ke tempat yang dinyatakan, tidak ada jamuan sepertimana yang dijanjikan oleh pihak tersebut.

Untuk makluman lanjut baca DISINI.....

Apa salah anak anak yatim ni pada mereka sampai ditipu macam tu sekali? Takkan takde perasaan belas kasihan terhadap mereka yang tidak lagi mempunyai sesiapa di muka bumi ini? Kenapa mereka dihina sedemikian rupa?

Bagi Sangkakala, orang sebegini lebih layak di gelar sebagai binatang dan bukannya sebagai manusia sebab jika dianya seorang manusia, sudah tentu perasaan kasihan akan berada dalam hati mereka.

Lagi satu, kalau keupayaan agak terbatas, janganlah berjanji untuk memberikan sesuatu yang tidak mampu untuk diberikan kepada mereka.



DIPECAT KERANA TIDAK BERIKAN KERJASAMA !!! ADIL KE ???

Seorang operator panggilan kecemasan dinsebuah hospital di Sibu telah dipecat gara gara tidak mahu memberikan kerjasama setelah diminta untuk menghantar sebuah ambulan bagi membantu 3 orang mangsa kemalangan.


Bagi Sangkakala, nak menyalahkan operator berkenaan secara keseluruhan adalah amat tidak bertimbang rasa kerana beliau hanya menjalankan tugas dan ada kemungkinan polisi hospital swasta tempat beliau bekerja yang memaksa beliau untuk tidak memberikan bantuan kepada mangsa.

Maklumlah, hospital swasta sudah semestinya meementingkan keuntungan dan hasil keuntungan mereka berdasarkan pembayaran yang dibuat oleh pesakit.

Jadi ada kemungkinan juga operator berkenaan takut tiada bayaran yang akan dibuat kepada pihak majikan beliau maka pekerja berkenaan nekad untuk bertanya jika ambulan di hantar siapanyang akan membayar bil?

Apa yang jelas kita lihat dari persoalan yang diajukan oleh operator berkenaan, beliau hanya menjalankan amanah yang diberikan oleh majikannya yang berkemungkinan ingin tahu siapa yang akan melunaskan bil bil rawatan sebelum prosedur rawatan dilakukan.

Jadi pihak hospital jangan sekali kali merasa selesa dan selamat apabila mereka bertindak memecat mana mana pekerja yang menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.


Ahad, 20 Julai 2014

WAJAH SUGUL PERDANA MENTERI MEMIKIRKAN #MH17 #pray4mh17

Dalam kemelut yang melanda dimana sebuah daripada pesawat milik MAS MH17 yang membawa penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang jatuh ditembak, ramai dikalangan pihaknyangbtidak berpuas hati menghentam dan mengherdik kreadibiliti Perdana Menteri.

Tapi pernahkah diantara mereka ini berfikir tentang betapa payah Perdana Menteri menghadapi situasi dimana dalam sekelip mata sahaja kita rakyat Malaysia dikhabarkan dengan berita yang begitu menyayat hati?

Atau ada pula pihak yang mengatakan itu biar ditanggung oleh Perdana Menteri kerana beliau nadalah Perdana Menteri.

Bagaimana pula kita sebagai rakyat Malaysia? adakah kita pernah mengatakan biarlah kita memikirkan permasalahan sama kerana kita rakyat Malaysia?


Gambar diatas jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri dalam memikirkan kemelut yang melanda tambahan pula nenek tiri beliau sendiri berada dalam pesawat berkenaan dan dilaporkan turut menjadi mangsa.

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kita hanya mampu untuk memandang tapi kita tak mungkin pernah memikirkan apa yang difikirkan oleh beliau sebagai Perdana Menteri. 

Dimasa ini sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik berganding bahu berpimpin lengan dalam menunjukkan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia mampu untuk bersatu dalam menghadapi apa jua situasi.


Ahad, 13 Julai 2014

200 GELANDANGAN SEKITAR KUALA LUMPUR DISERBU

Malam tadi saru operasi telah dilakukan oleh pergerakan pemuda UMNO Malaysia bersama sama beberapa badan bukan kerajaan seperti SAM1M, PVTM, MJMM, YAYASAN PERTANIAN 1MALAYSIA, SELAWAT PERDANA dan beberapa NGO bagi memberi makanan serta minuman kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Operasi bermula dari jalan Tengku Abdul Rahman sehingga ke belakang supermarket Kota Raya berhampiran dengan hentian Puduraya dan seramai hampir 200 gelandangan telah diberikan bantuan berupa makanan serta minuman.


Seramai lebih kurang 70 orang yang mengikuti kerja kerja amal ini yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Azwan Harun atau lebih dikenali dengan nama Azwan Bro diikuti oleh EXCO Pemuda UMNO Malaysia, saudara Arman Azha serta saudara Ibdillah Ishak.

Sasaran diberikan kepada mereka mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal dan mereka mereka yang daif tidak mengira latar belakang bangsa mahupun agama.

Keprihatinan ini sebenarnya amat perlu dan ianya juga amat dituntut olwh agama Islam memandangkan mereka mereka ini juga sebenarnya perlukan pembelaan.

Bayangkan sampai ada yang dikesan todur di belakang tong sampah dalam keadaan yang amat daif dan serba serbi kekurangan.



Tahniah Sangkakala ucapkan kepada mereka mereka yang prihatin dan esok insyaAllah Sangkakala akan memuat naik video program dan apa kata Armand tentang program yang dijalankan malam tadi.

Lagi banyak gambar gambar boleh dilihat DISINI.