Memaparkan catatan dengan label #savegaza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #savegaza. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Ogos 2014

#savegaza CARA BAGAIMANA ISRAEL MENIPU DUNIA

Hari ni ribuan rakyat Malaysia berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan sokongan untuk menyelamatkan kanak kanak di Palestin yang kini dibunuh secara berleluasa oleh tentera Yahudi di Gaza.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bagaimana cara Israel menipu mata dunia yang mengatakan bahawa mereka diserang dan ratusan rakyat serta tentera mereka terkirban dan cedera terkena bedilan pejuang Hamas.


Kerajaan Malaysia sememangnya lantang dalam mengutuk keras serangan yang dilancarkan oleh tentera Israel terhadap penduduk di Gaza yang telah mengakibatkan kematian rakyat Palsetin yang tidak berdosa.

Seperti gambar diatas, tentera Israel telah menggunakan kaedah makeup untuk menunjukkan kepada dunia dimana mereka telah diserang dan anggota tentera mereka cedera.

Solidariti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia petang tadi jelas menujukkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama bersatu hati bersama sama menentang kekejaman Israel di tanah Gaza dan semoga Allah merahmati dan menyelamatkan penduduk Gaza dari terus dizalimi oleh tentera Yahudi laknatullah.


Sabtu, 26 Julai 2014

KEKEJAMAN ISRAEL DI BUMI PALESTIN #savegaza

Esok adalah hari terakhir umat Islam menunaikan ibadah puasa dan lusa pula semua umat Islam akan menyambut hari kemenangan dalam menahan nafsu dengan berpuasa selama sebulan.

Di Malaysia mungkin sambutan kali ini agak hambar apabila negara dikejutkan dengan nahas pesawat MH17 yang meragut 295 nyawa penumpang serta anak kapal.

Walaupun negara kita menyambut sambutan kali ini dengan agak sederhana tapi sedarkan kita bahawa ada saudara kita sesama Islam mungkin tidak menyambut hari lebaran dan jika ianya disambut, mungkin dalam keadaan ketakutan dan penuh penderitaan.

Klik gambar untuk video

Kekejaman yang dilakukan oleh Israel memang tidak bol3h dimaafkan lagi tambahan pula beberapa negara barat turur sama menyokong tindakan mereka menyerang penempatan manusia di Palestin.


Khamis, 17 Julai 2014

VIDEO KAPAL TERBANG MALAYSIA TERHEMPAS DI UKRAIN RUSIA

Tidak dapat dipastikan samabada berita ini benar atau tidak, tapi ada sumber yang mengatakan bahawa ini adalah bideo dimana sebuah pesawat MAS yang membawa penumpang seramai 295 orang penumpang terhempas di Ukrain Rusia.


Ada juga laporan yang mengatakan bahawa kapal terbang penumpang milik MAS telah dutembak jatuh oleh pengganas di Rusia.

Alfatihah kepada semua penumpang yang dikatakan terbunuh namun belum ada kepastian tentang berita kemalangan ini.

Berita lanjut akan disusuli lagi nanti.


Isnin, 14 Julai 2014

GAMBAR RATUSAN IKAN PARI TERDAMPAR DI GAZA

Allah maha berkuasa, dalam kemelut yang melanda Palestin kini, Allah menghantar ratusan ikan pari terdampar di pantai semenanjung Gaza.


Tidak diketahui dari mana datanganya sebegitu banyak ikan pari yang sudah semestinya menjadi punca makanan kepada rakyat Palestin yang kini dibelenggu kelaparan akibat sekatan oleh tentera rejim Zionis.

Punca ikan ikan pari ini terdampar di pantai semenanjung Gaza juga tidak dapat dipastikan tapi apa yang penting ialah, Allah tidak sesekali akan menganiaya hambanya dan akan sentiasa memberikan jalan bagaimana untuk terus hidup di muka bumi ini.


Ahad, 13 Julai 2014

200 GELANDANGAN SEKITAR KUALA LUMPUR DISERBU

Malam tadi saru operasi telah dilakukan oleh pergerakan pemuda UMNO Malaysia bersama sama beberapa badan bukan kerajaan seperti SAM1M, PVTM, MJMM, YAYASAN PERTANIAN 1MALAYSIA, SELAWAT PERDANA dan beberapa NGO bagi memberi makanan serta minuman kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Operasi bermula dari jalan Tengku Abdul Rahman sehingga ke belakang supermarket Kota Raya berhampiran dengan hentian Puduraya dan seramai hampir 200 gelandangan telah diberikan bantuan berupa makanan serta minuman.


Seramai lebih kurang 70 orang yang mengikuti kerja kerja amal ini yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Azwan Harun atau lebih dikenali dengan nama Azwan Bro diikuti oleh EXCO Pemuda UMNO Malaysia, saudara Arman Azha serta saudara Ibdillah Ishak.

Sasaran diberikan kepada mereka mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal dan mereka mereka yang daif tidak mengira latar belakang bangsa mahupun agama.

Keprihatinan ini sebenarnya amat perlu dan ianya juga amat dituntut olwh agama Islam memandangkan mereka mereka ini juga sebenarnya perlukan pembelaan.

Bayangkan sampai ada yang dikesan todur di belakang tong sampah dalam keadaan yang amat daif dan serba serbi kekurangan.



Tahniah Sangkakala ucapkan kepada mereka mereka yang prihatin dan esok insyaAllah Sangkakala akan memuat naik video program dan apa kata Armand tentang program yang dijalankan malam tadi.

Lagi banyak gambar gambar boleh dilihat DISINI.