Rabu, 5 Februari 2014

TERESA COCK MINTA BANTUAN KERANA DIUGUT

Baru batu ni Teresa Cock telah menerima kecaman yang begitu hebat apabila beliau telah membuat satu video tahun baru cina yang dianggap rasis dan menghina kepimpinan kerajaan.

Walaupun begitu, Teresa menafikan semua tuduhan tersebut dengan mengatakan bahawa video tersebut dihasilkan untuk mereka yang fahamkan bahasa mandarin dan kantonis.

Klik gambar utk video

Yang sebenarnya Teresa sengaja mahu mencabar kesabaran rakyat Malaysia dengan melakukan beberapa provokasi sebelum ini.

Contoh provokasi yang dilakukan oleh beliau ialah meminta supaya azan subuh diperlahankan kerana dikatakan menggangu penduduk bukan beragama islam yang sedang lena tidur.

Begitu juga dengan kebiadapan beliau yang memasuki masjid serta memberikan ceramah dan beberapa siri provokasi lain lagi.

Tapi kali ini nampaknya Teresa memang menghadapi masalah kerana perbuatan beliau bukan sahaja mengundang kemarahan masyarakat melayu, bahkan masyarakat cina juga tidak kurang hebatnya menghentam beliau.

Sejak kelmarin nombor telefon beliau telah tersebar luas di media media sosial yang membuatkan sesiapa juga yang merasa tidak puas hati membuat panggilan telefon dan tidak kurang juga yang menghantar SMS kepada beliau hingga membuatkan beliau terpaksa membuat laporan polis siang tadi.


Pandai pulak Teresa ni buat laporan pada pihak polis sedangkan satu masa dulu Teresa pernah mengatakan bahawa pihak polis adalah anjing kerajaan dan anggota polis (PGA) yang terkorban di Lahad Datu adalah lakonan semata mata.

Teresa tak risau ke kalau laporan yang dibuat tu akan dijadikan bahan lakonan oleh polis dan semalam juga Teresa telah mengeluarkan kenyataan bahawa video yang dihasilkan adalah bahan gurauan kepada bangsa cina.

Jadi nak risau apa dengan panggilan telefon atau sms yang diterima, mungkin rakyat ingin bergurau dengan beliau juga.

Come on la YB, takkan U boleh bergurau dengan rakyat tapi rakyat tak boleh bergurau senda dengan U, adil la sikit, sama sama gurau la.



Tiada ulasan: