Sabtu, 15 Februari 2014

CINA DAP SEMAKIN MENGUMPUL KUASA !!! MELAYU SEMAKIN LUPA

Dalam diam tak diam, sedar tak sedar, DAP sedang mengukuhkan kekuatan mereka dalam semua sudut.

Tapi Melayu pulak masih lagi seperti pak kaduk yang bersorak kerana ayamnya menang sehingga terlupa ayam tersebut sudah bertukar tangan berpindah milik.

Begitu juga yang terjadi dengan Melayu yang menjadi penyokong tegar pakatan hari ini, tidak kira dari PAS atau PKR mahupun daripada DAP itu sendiri ialah, mereka terlupa bahawa pemimpin DAP mengumpulkan kuasa mereka dengan meletakkan pengikut mereka yang berbangsa cina di kebanyakkan tempat seperti PBT.


DAP mengambil alih kedudukan sebagai ahli majlis dengan menempatkan majoriti orang orang mereka dalam semua PBT untuk mengawal segala pergerakan melayu dan sudah pastilah jika ada apa sahaja keistimewaan yang bakal diperolehi oleh orang melayu akan dinafikan.

Ini baru sedikit, dan tidak mustahil ianya akan berkembang dari sini dimana mereka (DAP) akan meletakkan orang orang mereka di serata tempat.

Tapi adakah Melayu sedar akan perkara ini? Atau mereka masih bersorak sorai dengan kejayaan mereka kononnya menumbangkan mereka mereka yang tidak sealiran dalam politik sehingga ada yang sanggup memaki hina sesama bangsa.

DAP terus mencari kuasa, tetapi melayu terus mencari salah sesama sendiri hingga DAP hari ini sudah mula menampakkan peluang dimana renggangnya perpaduan sesama melayu.

Dan peluang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menghancurkan kekuatan melayu yang ada selama ini dan sepertimana sejarah yang dulu dulu, melayu akan merasa menyesal apabila sudah kehilangan.


1 ulasan:

Unknown berkata...

Melayu asyik bercakaran sesama sendiri utk merebut kuasa dan kedudukan.Tak sedar tindakan sedemikian akan melemahkan kekuasaan melayu.Melayu hanya semata2 bergantung kpd kekuasaan politik.
.