Ahad, 9 Februari 2014

RAFIZI RAMLI LARIKAN DIRI !!! KEADAAN JADI KECOH

Malam tadi Rafizi Ramli telah mengadakan ceramah di Bayan Baru dan dalam ceramah tersebut Rafizi dikatakan telah memberikan ceramah berkenaan dengan pilihanraya kecil DUN Kajang serta GST.

Namun selepas selesai memberikan ceramah dan sidang akhbar, beliau telah didatangi oleh seorang warga emas yang membawa memorandum tentang masalah perumahan di Pulau Pinang.

Beberapa badan bukan kerajaan turut sama dengan warga emas tersebut dan menurut lelaki warga emas tersebut, sebuah rumah di Waterfall Garden akan dirobohkan pada 28 Februari nanti.

Bagaimana pun kekecohan hampir berlaku apabila Rafizi dikatakan gagal menyantuni mereka yang datang untuk berjumpa dengan beliau di tempat tersebut bahkan dikawal ketat dan terus dibawa ke kenderaan yang sedang menanti.


Baru jadi ahli parlimen dah buat perangai macam tu ke YB? Kata nak mendengar masalah rakyat dan akan menyelesaikan segala permasaalahan rakyat sebab kerajaan Barisan Nasional tak peduli dengan mereka.

Tapi baru hantar memorandum dah ak layan apa cerita ni? Belum jadi menteri lagi, kalau jadi menteri agaknya lagi dahsyat sikap si Rafizi ni agaknya kan.

Untuk makluman semua, memang ini lah mentaliti dan perangai pemimpin pakatan pembangkang yang hanya berpura pura untuk menunjukkan kebaikan mereka dan sekali sekala, sifat serta sikap sebenar mereka akan terbongkar juga dan seperti yang berlaku di Bayan Baru telah menceritakan segala galanya.

Sangkakala faham dengan perasaan mereka yang hadir apabila Rafizi dilihat seolah olah ingin melarikan diri daripada menjawab pertanyaan dan soalan yang bakal diajukan oleh penduduk.

Tidak seperti pemimpin kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mempunyai ruang untuk mendengar permasaalahan rakyat, tapi bagaimana pula dengan pemimpin Pakatan yang akan menghindarkan diri dari berjumpa dengan rakyat mahupun mendengar keluh kesah mereka.

Apa yang dilakukan oleh pemimpin pakatan pembangkang ini hanyalah dengan menabur fitnah terhadap kerajaan dan memberikan persepsi negatif kepada rakyat tentang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan.

Kita pergi pula kepada GST yang selalu diperkatakan oleh Rafizi yang mana ianya akan menyusahkan rakyat dan kos sara hidup akan bertambah dengan adanya GST.

Tapi pernahkah Rafizi memberi tahu berapa buah negara maju dalam dunia mengamalkan GST? Dan berapa ratus buah negara pula di seluruh negara mengamalkan GST, dan berapa buah negara pula yang rakyatnya bangkit menentang GST?

Seperti yang Sangkakala selalu dengar melalui beberapa taklimat tentang GST, ianya bukanlah sepertimana yang selalu dikatakan oleh pembangkang bahawa ianya adalah singkatan kepada 'Government Sales Tax' tetapi ianya adalah 'Goods Sales Tax' yang mana cukai ini akan dikenakan daripada pembeli hinggalah pembekal bahan mentah.

Ini yang menjadikan taikoon pengeluaran barang yang kebabyakannya dari golongan bukan melayu merasakan bahawa peluang untuk mereka lari dari membayar cukai adalah amat tipis.

Selama ini kita dikenakan dengan beberapa cukai seperti cukai perkhidmatan, cukai jualan dan sebagainya, tetapi dengan GST, kesemua cukai tersebut akan dimansuhkan dan diharamkan.

Cukai perkhidmatan dan cukai jualan kini ada yang mencecah sehingga 10 peratus dari nilai belian tetapi dengan GST, hanya 6 peratus dikenakan, jadi dimana nak dikatakan harga barangan yang dikenakan cukai GST akan naik.

Yang membuatkan barangan menjadi naik ialah apabila ada PBT seperti contoh di Selangor yang mengenakan cukai yang agak tinggi hingga membuatkan peniaga terpaksa menaikkan harga barangan.

Ini yang sebenarnya menjadikan barang yang dibekalkan mengalami kenaikan.

Kalau nak dilibatkan dengan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen, Sangkakala berikan contoh disini, kenaikan harga barangan seperti sayuran contohnya, takkan setiap sekilo sayuran dinaikkan 20 sen sama seperti setiap liter minyak, takkan kenderaan yang menbawa sayuran tersebut membawa hanya sekilo sayur.

Sebenarnya dalam permasaalahan ini, pembangkang hanya menggembar gemburkankan cerita dengan niat memburukkan kerajaan.

Dalam isu kenaikan harga minyak, ianya hanyalah melibatkan lebihan kos yang tidak sampai 2 peratus, tetapi pemborong pula telah menaikkan harga barang sehingga 50 peratus, dan ini adalah punca sebenar yang tidak diberitahu oleh pihak pembangkang kepada rakyat demi kepentingan politik mereka.

Berbalik kepada Rafizi Ramli tadi, kenapa beliau seolah olah lari daripada berhadapan dengan rakyat? Apakah ini sebagai tanda bahawa pemimpin pakatan pembangkang bersikap lebih mementingkan fitnah daripada menyelesaikan masalah.

Tepuk dada tanyalah iman, siapa mereka (pembangkang) sudah makin jelas kelihatan.


Tiada ulasan: