Rabu, 26 Februari 2014

ARTIKEL JATI | ADAKAH SULTAN AKAN MENERIMA ANWAR SEBAGAI MB ???

Adakah sangkaan ini benar?

Anwar Ibrahim telah melancarkan refomasi jalanan ketika beliau dipecat drpd jawatan Timbalan Perdana Menteri tahun 1998.

Kes 1 (salah guna kuasa) mula dibicarakan pada 2 Nov 1998 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul.

Pada 14 Apr 1999, mahkamah memutuskan anwar bersalah dan dijatuhi hukuman 6 tahun penjara.

Dalam kes salah guna kuasa ini, anwar gagal di semua peringkat, termasuk di Mahkamah Persekutuan.

Kes 2 (liwat 1) mula dibicarakan pada 7 Jun 1999 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffon Jaka.

Pada 8 Ogos 2000 Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah ke atas anwar dengan penjara 9 tahun dan adik angkatnya pula dijatuhi hukuman penjara 6 tahun dan 4 kali sebatan.

Dalam kes liwat 1 ini, anwar gagal di peringkat Mahkamah Tinggi dan Rayuan, namun dibebas dan dilepaskan apabila rayuannya diterima di Mahkamah Persekutuan pada 2 Sept 2004.

Pada ketika ini, anwar sedang menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat 2 (Mohd Saiful Bukhari bin Azlan).

Kesalahan liwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan ini boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Persoalan....adakah jawatan MB Selangor yg dikejar oleh beliau ini bakal dijadikan sebagai platform untuk melancarkan siri reformasi jalanan ke 2 jika beliau disabitkan kesalahan liwat 2 ini sebagaimana tahun 1998?

Fakta yg harus kita ketahui:

Kuasa DYMM sultan utk melantik Menteri Besar ini diperuntukkan di bawah Undang2 Tubuh Kerajaan Selangor 1959 melalui peruntukkan Perkara 53 dan Perkara 55(2)(a).

Dalam masa yg sama apabila DYMM menjalankan budi bicara Baginda, terdapat pra syarat yg diperuntukkan di bawah undang2 iaitu:

1.seseorang Menteri Besar yg hendak dilantik itu mestilah Ahli Dewan Undangan Negeri yg pada pendapat Baginda mungkin mendapat kepercayaan ahli Dewan.

2.seseorang Menteri Besar yg hendak dilantik hendaklah seorang Melayu.

3.beragama Islam.

Berdasarkan tradisi dan amalan selama ini, seseorang pemimpin Muslim hendaklah sejahtera AQIDAHnya dari sebarang fahaman Syiah, Pluralisme agama dan lain2 fahaman yg bertentangan dgn Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Adakah intipati ucapan anwar ibrahim di LSE pada 18 mac 2010 tidak menyalahi asas2 aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah?

Fikir fikirkan....



Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan: