Selasa, 13 Ogos 2013

PEMILIK RESORT DIREMAN ATAS DAKWAAN MENGHINA AGAMA ISLAM

Inilah dia pemilik resort yang memberikan kebenaran supaya surau resort berkenaan diberi kebenaran untuk digunakan oleh panganut agama Buddha menjalankan ritual keagamaan mereka.

Pemilik resort di tanjung sedili di bawa ke mahkamah
untuk mendapatkan perintah reman
Sangkakala rasa perkara ni tak patut berlaku kerana ianya mencemar kesucian agama Islam itu sendiri.

Tapi pemilik resort ni buat macam tak bersalah pulak bila kata tak menjadi kesalahan jika surau dalam resort tersebut digunakan oleh orang bukan Islam untuk menjalanlan upacara keagamaan mereka.

Itu satu kenyataan yang pada Sangkakala juga menghina agama Islam,  tidak menghormati agama penganut lain tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita yang berbilang bangsa dan agama.

Tapi takkan pemilik resort ni bodoh sangat sampai tak tau benda benda macam tu boleh menimbulkan kemarahan orang Islam di Malaysia tanpa mengira tua atau muda,  miskin ataupun kaya, semuanya marah dengan perlakuan pemilik resort tersebut.

Tapi walau apa pun, Sangkakala harap agar pihak jabatan agama Islam Johor mengambil tindakan sewajarnya keatas pemilik resort tersebut untuk dijadikan iktibar serta pengajaran kepada mereka yang lain.