Sabtu, 10 Ogos 2013

@NajibRazak BUBARKAN MCA SELESAIKAN MASALAH


Nampaknya cuma ada satu cara untuk menyelesaikan masalah dan kemelut MCA sekarang ni, semua pemimpin dalam MCA Amenunding jari kearah satu sama lain dengan mengatakan mereka kini menjawat jawatan dalam kerajaan.

Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA sendiri pun memegang jawatan Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang walaupun parti tersebut telah menetapkan bahawa semua ahli MCA dikehendaki tidak memegang apa apa jawatan mahupun jawatan kuasa keselamatan kampung.

Sangkakala rasa ini tak kena dengan apa yang dikehendaki oleh kaum Cina di negara ini, dan dengan apa yang ditunjukkan oleh kaum cina dalam pilihanraya baru baru  ini juga jelas menunjukkan bahawa MCA tidak lagi mampu untuk menjadi parti yang membela mereka dan penolakan mereka terhadap komponen Barisan Nasional juga amat terserlah.

Bukan saja pengundi atas pagar yang tidak memilih calin dari Barisan Nasional, malah ada dikalangan ahli MCA sendiri tidak mengundi atau memilih calon Barisan Nasional dan ini tidak boleh dinafikan oleh MCA.

Adakah mereka masih mahu menidakkan perkara yang jelas dimata ini?

Mungkin tindakan MCA selama ini dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan memegang apa apa jawatan dalam kerajaan sekiranya parti tersebut tidak mampu untuk memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional memakan diri.

Dan mereka juga mungkin membuat keputusan begitu hanya semata mata untuk mengugut kaum cina yang sememangnya tidak lagi mahu menyokong Barisan Nasional kerana ianya ditunjangi oleh UMNO dan orang melayu kerana mereka (kaum cina) mahu memerintah di negara ini.

Jadi apakah MCA masih relevan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan sedangkan mereka sendiri menidakkan jawatan yang sepatutnya mereka pegang.