Ahad, 18 Ogos 2013

#1bro4NKP SERANGAN PERIBADI KEATAS AZWAN BRO ??? DAH ADA YANG GOYANG KE ???

Sangkakala dapat tau dah ada blogger yang mula main serangan secara peribadi keatas ketua pemuda perak yang menawarkan diri sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Hari tu Sangkakala juga dengar ini adalah pertandingan antara sahabat sahabat dalam pergerakan pemuda dan ianya tidak akan berlaku serangan peribadi antara mereka.

Tapi sekarang dah ada juga serangan sebegitu dilakukan, tapi kenapa? Adakah pihak lawan kepada Azwan sudah mula goyang dengan kemampuan beliau?

Mereka (blogger upahan) mengeluarkan kekayaan yang dimiliki oleh Azwan sebagai Ketua Peuda UMNO Perak mungkin atas arahan majikan mereka agaknya.

Jadi disini Sangkakala nak bagi tau la pada pesaing pesaing yang akan bertanding melawan Azwan, Sangkakala ni orang Perak dan Sangkakala tau siapa Azwan.

Azwan memang kaya dan ianya tidak dapat disangkal, tapi mereka tau ke apa yang telah dilakukan oleh Azwan dengan kekayaan beliau, dan adakah mereka akan membuat risikan darimana kekayaan itu diperolehi? Tapi biasa la, pihak lawan takkan keluarkan semua tu sebab nak tunjukkan sesuatu yang buruk dalam fikiran pemilih.

Nanti Sangkakala keluarkan kronologi bagaimana Azwan menjadi kaya, adakah ianya hasil daripada UMNO atau hasil titik peluh beliau sendiri selama ini.

Cuma dalam artikel ini Sangkakala nak sampaikan kepada mereka mereka diluar sana yang akan menjadi perwakilan pemuda nanti.

Pernah ke mereka yang memberi persepsi buruk itu mengeluarkan apa yang telah dilakukan oleh Azwan sepanjang beliau bergiat aktif dalam politik?

Pernahkah mereka mengeluarkan apa kebajikan yang telah dilakukan oleh Azwan dengan harta yang beliau perolehi? Tidak pernah kan? Sebab bagi mereka ini adalah pihak lawan.

Kalau nak diikutkan kekayaan yang dimiliki oleh Azwan, tidak mustahil beliau mampu untuk mengupah ratusan blogger atau penggiat media sosial dalam usaha untuk menghentam dan memberikan satu gambaran buruk kepada pesaing lain, tapi Azwan sendiri tidak mahu berbuat begitu kerana ini adalah pertandingan antara adik beradik dalam UMNO dan keaiban mereka yang lain jangan sesekali ditunjukkan.

Ini adalah satu nilai murni yang ada pada Azwan dan setelah dihentam secara peribadi sebegitu pun beliau masih lagi mengatakan jangan jadi seperti mereka yang mengeluarkan keaiban rakan rakan lain.

Marah juga Sangkakal pada Azwan ni, bila beliau nak bersaing terlampau bersih walaupun dah ada yang main kotor macam tu.

Tapi sebagai anak Perak, Sangkakala rasa walaupun Azwan kata jangan, tapi kalau dah melampaui batas, Sangkakala akan telanjangkan satu persatu mereka mereka ini dan apa yang mereka lakukan selama ini.

Sangkakala teringin nak jawab sedikit disini, Azwan memang kaya, dan kebajikan yang beliau lakukan tidak kurang hebatnya dengan kekayaan beliau cuma disini, Azwan mengatakan bahawa jika tangan kanan memberi, jangan sampai tangan kiri mendapat tahu.

Maknanya disini, jika Azwan menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, segala bantuan yang diberikan kepada pemuda, tidak akan tersebar dan tidak siapa tahu, kerana bagi beliau bantuan bukanlah sesuatu yang perlu disebarkan, cukuplah si penerima dan si pemberi yang tahu.

Apa apa pun, itu le Azwan, dulu Sangkakala kata tunjukkan segala kebajikan yang dibuat, dia taknak, sekarang tengok, ada ke lawan dia bertanggungjawab kalau dah keluarkan segala bagai perkara semata mata nak buruk burukkan beliau dimata perwakilan dengan mengatakan bahawa beliau akan menambah kekayaan.

Bagi Sangkakala kalau memilih orang yang dah sememangnya kaya adalah lebih baik, sebab bila dah kaya, takkan nak cari lagi? Tapi kalau orang yang takde apa apa, mungkin akan mengaut kekayaan dengan menggunakan jawatan yang dimenangi, lagi satu, bila kaya, tak perlu tunggu bantuan dari pihak lain untuk memberikan batuan, dari kekayaan dia pun dia dah mampu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: