Jumaat, 23 Ogos 2013

@NajibRazak BARU JADI TIMBALAN MENTERI DAH NAK TUNJUK TARING KE ???


Baru saja dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorty dah nak tunjuk hero dengan mempertikai tindakan anggota polis yang menembak mati beberapa orang penjenayah baru baru ini.

Alamak macha!!! Awak baru jadi Timbalan Menteri la, itupun sebab Perdana Menteri lantik, kalau tak lantik sudah tentu awak akan jadi orang biasa.

Satu persoalan yang Sangkakala nak tanya kan disini ialah adakah Waytha juga merupakan salah seorang dari mereka sampai nak minta Peguam Negara tubuh satu pasukan penyiasat punca kematian atau Waytha  memang bela gengster ni semua sebelum ni?

Apa kata pihak PDRM siasat latar belakang si Waytha ni dan jika beliau juga terlibay dalam kegiatan yang sama, maka jalankan tindakan penahanan atau apa juga prosiding berkenaan perkara tersebut.

Sebab kadang kadang menyampah juga bila tengok orang yang tak sedar diri ni keluarkan kenyataan.

Siapa Waytha yang nak pertikai tindakan pasukan keselamatan?

Untuk makluman P.Waytha Moorty,  pasukan polis mempunyai apa yang dinamakan sebagai standard operation procedure atau SOP untuk menangani penjenayah dan pasukan polis juga akan mengambil tindakan sekiranya keselamatan mereka tergugat.

Dah terang terang penjenayah tersebut memiliki senjata api takkan nak dibiarkan je mereka ni menembak mati pasukan polis dulu.

Kenyataan bodoh dari seorang Timbalan Menteri yang tak sedar diri dilantik oleh Perdana Menteri.