Ahad, 18 Ogos 2013

@NajibRazak SORANG LAGI MENTERI BUAT HAL !!! APA NAK JADI NI ???


Lepas sorang Menteri ambil anak menjadi pegawai khas di kementerian sekarang ni dah ada pulak sorang timbalan menteri yang juga menjadi ketua bahagian melobi untuk anak beranak beliau menjawat jawatan dalam bahagian.

Apa nak jadi semua ni? Dah takde orang lain ke? 

Kisah ni pulak di Pasir Salak..Sangkakala dapat maklumat dari sorang sahabat di sana ketua bahagiannya sedang melobi untuk anaknya dengan jawatan ketua wanita yang mana anak beliau kini menjawat jawatan sebagai setiausaha bahagian.

Aduhh..dah takde ke orang lain Datuk Tajuddin? Jangan le di bahagian tu pun nak ambil anak beranak semua..itu bukan bahagian puak gerabak..itu bahagian UMNO la.

Sangkakala tau yang Datuk Tajuddin Rahman ni memang lantang bersuara dan tidak dinafikan bahawa beliau hebat dalam berbicara..tapi dengan berbuat begitu maka rasa hormat orang akan hilang Datuk.

Apa yang Sangkakala dengar lagi ialah..Tajuddin sekarang sedang melobi untuk Doktor Faizal yang juga anak beliau untuk menjadi Ketua Pemuda Bahagian.

Macam ni la Datuk..Sangkakala nak bagi cadangan supaya semua orang dapat jawatan.

Apa kata Datuk jadi Ketua bahagian..isteri jadi ketua wanita..anak lelaki ketua pemuda..anak perempuan yang bawah 35 tahun jadi ketua puteri..adik lelaki jadi setiausaha bahagian..adik ipar perempuan jadi penolong setiausaha wanita bahagian..anak perempuan adik jadi penolong setiausaha puteri..anak lelaki adik jadi penolong setiausaha pemuda..pendek kata kumpulkan semua saudara mara duduk di bahagian itu lagi senang.

Sangkakala juga dapat maklumat yang mengatakan Datuk Tajuddin buat begitu semata mata untuk mengekang kemaraan anak Tan Sri Ramli Ngah Talib yang dikatakan kini amat popukar di bahagian Pasir Salak. .begitu juga untuk melenyapkan karier politik Doktor Wan Norashikin yang dulunya menjadi  ADUN Kg Gajah.

Pemikiran yang ortodoks..tidak memikirkan perjuangan dan ini bagi Sangkakala amat tidak sihat dan perlu dihalang..takkan semua jawatan nak bagi pada sebuah keluarga dan ianya nanti akan menjadi warloards di bahagian.

Pasir Salak adalah tempat selamat bagi UMNO dimana tidak ada langsung kebangkitan pembangkang untuk mendapat kemenangan di kawasan tersebut sama ada parlimen mahupun DUN.

Jadi janganlah kerana keinginan atau nafsu untuk memerintah yang terlalu tinggi akan membuatkan kawasan itu nanti menjadi kawasan hitam.

Jadikanlah Tun Mahathir sebagai contoh yang mana tidak ada seorang pun dari kalangan anak beliau yang aktif dalam politik semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu.