Rabu, 14 Ogos 2013

@Khairykj @tunfaisal KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA TENTANG PENGERUSI DAP SARAWAK

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dengan tuduhan serta kenyataan biadab dan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen di mukasurat depan Borneo Post hari ini 14hb Ogos, 2013. Beliau menuduh bahawa insiden kes tembak-menembak serta jenayah yang berleluasa di negara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan beberapa akta yang telah dan sedang dimansuhkan.

Tohmahan serta tuduhan itu jelas merupakan satu bentuk hasutan yang serius, keterlaluan dan bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

Kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu jelas menampakkan tahap pemikirannya yang cetek dan keanak-anakan bagi memperjuangkan politik kebencian yang diamalkan pembangkang terutama DAP selama ini.

Atas rasa tanggungjawab serta cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat dan prinsip memperjuangkan amalan politik matang, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan 'politik kotor' Chong dan berharap ia membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran dan perjuangan politik para pemimpin pembangkang.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah kami buat laporan di Balai Polis Indera Mahkota, Pahang (NO Report : Kuantan/02689/13)ke atas Chong supaya satu tindakan undang-undang yang tegas dan adil dapat dilaksanakan ke atasnya.

KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: