Jumaat, 23 Ogos 2013

@NajibRazak NEDIM NAZRI MASIH DI KEMENTERIAN ??? BUAT LE LAGI !!!

Lama tak dengar kisah anak chip Nazri Aziz si Nedim, dengar kata balik je dari perjalanan ke Bali tempoh hari Nora Danish pulak keluarkan kenyataan kononnya dia lebih tau pasal Nedim.

Memang le tau, luar dalam semua tau, kalau tak tau, maknanya Nedim dah gagal dalam hubungan dengan artis bergelar ibu tunggal yang hanya mencari anak anak menteri untuk diselidik luar dan dalamnya.

Sangkakala belum lagi nak cerita pasla artis ni, cuma nak tanya sikit pasal si Nedim, kalau nak diikutkan kata Perdana Menteri, seseorang menteri layak untuk melantik kaum keluarga sebagai pegawai tetapi bukan dalam kementerian yang diwakili oleh mereka.

Ini bermakna daripada apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri itu ialah melantik sanak saudara sebagai pegawai untuk menjaga politik di kawasan serta tidak dibayar oleh kerajaan.

Memang la ayatnya sebegitu, tapi agak pelik juga kan, Sangkakala pun tau juga la sikit sikit sebab ada le kawan kawan juga menjawat jawatan pegawai khas di kementerian dan ada juga di kawasan.

Yang di kementerian dan menerima gaji dari kerajaan memang nama mereka dalam senarai sebagai kakitangan dan mereka diberikan dengan sebuah bilik pejabat untuk mereka menjalankan tugas tugas harian.

Dan pegawai khas di kawasan kawasan pula, mereka ini tidak dibayar oleh kerajaan dan semua elaun atau apa apa juga bayaran untuk mereka akan dibuat sendiri oleh menteri tersebut dan nama mereka tidak terpampang dalam laman web RASMI kementerian kerana mereka bukan kakitangan kementerian.

Jadi disini ada sedikit kekeliruan, sebab mengikut sumber yang Sangkakala perolehi, anak Datuk Seri Nazri juga diberikan sebuah bilik khas, agaknya untuk membahagi bahagikan apa juga projek dalam kementerian kot, jadi boleh dapat sikit pendapatan yang agak BESAR dari gaji seorang pegawai khas.

Disini Sangkakala nak pesan sikit la, walaupun anda bertaraf menteri, jangan la sampai nak perbodohkan rakyat dibawah, nanti orang marah sebab rakyat juga ada otak untuk berfikir.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: