Ahad, 15 Julai 2012

TPM YAKIN BN MAMPU MENANG

Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Batu hari ini meyakini bahawa Barisan Nasional mampu untuk memenangi semula kerusi-kerusi parlimen khususnya Parlimen Batu.

Menurut beliau kekalahan di kawasan-kawasan parlimen termasuklah parlimen Batu adalah kerana sikap pengikut-pengikut Barisan Nasional sendiri yang memboikot calon Barisan Nasional itu sendiri.

Beliau juga berkata bahawa parlimen Batu bukanlah kawasan yang sukar untuk dimenangi semula oleh Barisan Nasional.

Ini berikutan sebelum ini Parlimen Batu tidak pernah mengalami kekalahan tetapi hanya tumpas pada PKR semasa PRU12.

Menurut beliau juga, semua kerusi parlimen Barisan Nasional akan dapat di rampas semula dalam PRU12.

Timbalan Perdana Menteri juga berasa amat yakin dengan komitmen yang diberikan oleh kerajaan melalui program-program di bawah Gagasan 1Malaysia yang dijalankan demi untuk keselesaan rakyat.

Ini juga menurut beliau akan lebih memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengambil kira kebajikan rakyat secara total.

Dalam ucapan hari ini, beliau juga meminta Datuk Yahya Mat Ghani selaku ketua UMNO bahagian Batu supaya membawa wakil penduduk Kg Medan Wira yang mengalami masalah kependudukan kawasan kediaman mereka pada masa ini untuk mengadakan perbincangan lanjut.

Sangkakala harap lepas ni tidak ada lagi desas desus yang mengatakan bahawa ketua UMNO bahagian Batu tidak menjalankan tugas beliau selaku ketua UMNO Bahagian.

Sudah acap kali Ketua bahagian Batu membawa perkara ini ke peringkat kepimpinan dalam setiap mesyuarat perwakilan.

Harapan Sangkakala kepada semua ahli Barisan Nasional bahagian Batu agar mengambil iktibar dari apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: