Jumaat, 27 Julai 2012

PEMUDA MIC MAHUKAN JAWAPAN DARI KERAJAAN SELANGOR

Pemuda MIC hari ini mendesak kerajaan Selangor menjelaskan dakwaan salahguna kuasa terhubung isu penjualan tanah membabitkan puluhan juta ringgit di Shah Alam dan Kuang.

Ketua Pemuda MIC T. Mohan mendakwa kerajaan negeri telah melakukan salahguna kuasa dalam penjualan bekas tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Midlands, Ladang Bukit Raja, Klang dan Kampung Bunga Raya, Kuang, Serendah.

Beliau mendakwa bahawa kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional pada 2007, tanah seluas 15 hektar diluluskan bagi penduduk di Ladang Bukit Raja dan 10 hektar bagi penduduk Kampung Bunga Raya.

Tetapi, dakwanya lagi, apabila pakatan pembangkang mengambil alih, hanya tanah seluas tujuh hektar diberikan kepada penduduk Ladang Bukit Raja manakala tiga hektar sahaja diberikan kepada penduduk Kampung Bunga Raya.
Bercakap kepada pemberita di ibu negara, Mohan berkata terdapat 144 penghuni di Ladang Bukit Raja tetapi hanya 82 rumah teres dibina dan baki 62 buah rumah belum dibina.

Mohan mendakwa sekolah tamil berkenaan yang sebelum ini terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai i-City mempunyai nilai harga tanah kira-kira RM25 juta namun sekolah itu hanya diberikan lebih kurang RM3 juta oleh syarikat i-City untuk membina sekolah baru di tapak lain.

Apa yang meragukan, dakwanya lagi ialah di mana baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu.
Mohan juga mendakwa bahawa hampir RM1.9 juta disumbangkan oleh orang ramai dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut bagi pembinaan sekolah baru itu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: