Isnin, 9 Julai 2012

PKR HILANG KEPERCAYAAN ANWAR LARIKAN DIRI

Parti Keadilan Rakyat sudah kehilangan taring apa bila konvension yang diadakan di Pulau Pinang semalam hambar serta tidak mendapat sambutan dan kehadiran ahli.

Seperti juga konvension PKR di negeri-negeri lain, punca ketidakhadiran penyokong-penyokong PKR kali ini adalah kerana mereka sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang tidak konsisten dan hanya memberi janji palsu semata-mata.

Baru-baru ini juga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari arena politik tanah air sekiranya Pakatan Rakyat gagal menakluki PutraJaya dalam PRU yang akan datang.

Nampaknya Anwar sendiri sudah memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan mampu untuk melangkah ke PutraJaya.

Ini mungkin juga disebabkan oleh keceluparan mulut pemimmpin pembangkang yang mengatakan bahawa pembinaan PutraJaya semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir dulu adalah satu kerugian, tapi kini mereka terhegeh-hegeh untuk merampas PutraJaya.

Kepada para pembaca sekalian, Sangkakala harapa kita dapat memikirkan sejauh mana kebenaran dan pembangunan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat terhadap negeri-negeri dibawah kepimpinan mereka sekarang.

Janganlah dengan hanya dakyah mereka, kita pula sanggup untu menggadaikan nasib anak cucu kita di kemudian hari.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: