Selasa, 17 Julai 2012

SAH HINDRAF TIADA MORAL


Dalam Malaysiakini hari ini ada artikel yang mengatakan bahawa Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menuntut supaya mata pelajaran Pendidikan Moral tidak lagi menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kerana ia didakwa mendiskriminasi pelajar bukan Islam.

Jika satu-satu mata pelajaran diminta supaya dimansuhkan kelulusannya, maka pelajar-pelajar ini mungkin satu masa nanti menjadi pelajar yang tidak mempunyai moral dan kita semua tau bahawa pelajaran moral itu adalah satu bentuk pembelajaran dimana para pelajar akan dilatih menjadi insan yang berguna disatu masa nanti.

HINDRAF mengatakan bahawa pendidikan moral itu seolah-olah tidak berguna dan mengatakan bahawa pelajar-pelajar bukan melayu atau islam kebanyakannya gagal dalam pelajaran moral yang membolehkan mereka mendapat 9A dan seterusnya melayakkan mereka menrima biasiswa.

Hindraf mengemukakan tuntutan itu dalam satu memorandum yang turut ditandatangani satu NGO, Morally Upright dan juga beberapa wakil ibu bapa.

Dalam memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu, kumpulan itu mendakwa, ketetapan wajib lulus mendiskriminasi pelajar bukan Islam kerana menyukarkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Memorandum itu mendakwa kegagalan untuk mendapat A+ dalam mata pelajaran itu menyukarkan pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, khususnya untuk mendapatkan biasiswa yang memerlukan kelulusan 9A+.

Adakah HINDRAF melihat perkara ini sebagai sesuatu yang baik? Adakah HINDRAF mahu melihat para pelajar ini ketinggalan dalam bidang pelajaran dikemudiah hari?

Mata pelajaran moral juga adalah salah satu mata pelajaran yang membangkitkan jati diri bagi seseorang pelajar.  Jadi kenapa ianya perlu diberi kelonggaran? Bagaimana pula dengan mata pelajaran lain selain  daripada mata pelajaran.

Nampaknya HINDRAF memang tiada moral selama ini dan itu juga mungkin antara sebab kenapa mereka menghantar memorandom seperti itu.

Tiada ulasan: