Isnin, 9 Julai 2012

MASJID KENINGAU HANYA GIMIK POLITIK PAS

MASJID KG GOBEK TANAH MERAH KELANTAN
PAS hari ini mengatakan bahawa mereka akan membina sebuah masjid di Kampung Pensiangan, Keningau Sabah. Semalam, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama rombongannya melihat tapak masjid itu bersama Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman.

Sangkakala memuji tindakan PAS yang begitu perihatin terhadap keperluan orang islam dikawasan itu, tetapi apa yang menghairankan ialah, kenapa perlu sampai ke Sabah? Sedangkan gambar yang Sangkakala letakkan di atas terletak dalam negeri yang di tadbir oleh PAS selama lebih 20 tahun dahulu.

Apa sebenarnya modus operandi PAS hingga jauh merentas lautan untuk berdakwah seangkan disekeliling mereka sendiri mempunyai masalah yang boleh dikatakan kritikal.

Perjuangan Islam PAS pada hari ini tidak menampakkan dimana kekuatannya. Kerana apa Sangkakala katakan begitu?

Yang pertama tentulah berkenaan gambar sebuah Masjid usang yang terletak didalam negeri Kelantan seperti di atas. Adakah PAS merasakan bahawa Masjid tersebut dudah begitu indah di mata mereka?

Yang kedua, adakah PAS benar-benar memperjuangkan hak orang Islam seperti yang mereka katakan dan laungkan selama ini? Untuk mengetahui perkara ini lebih lanjut, pembaca boleh klik <disini>.

Jika pembaca sekalian telah membaca link yang Sangkakala berikan tadi, harap-harap dapatlah kiranya berfikir secara waras kenapa dan mengapa PAS beriya-iya untuk membina Masjid di Keningau Sabah, dengar cerita juga bahawa pembinaan Masjid ini akan menggunakan duit hasil kutipan orang ramai, jangan nanti ianya menjadi seperti lebuhraya di Kelantan yang disebut sebagai lebuh raya rakyat terus lebuh di telan suara Ahli Majlis Mesyuarat yang mengatakan bahawa lebuhraya tersebut tidak mendapat kelulusan.

Tiada ulasan: