Rabu, 4 Julai 2012

KENAPA SEMUA NAK SALAHKAN SPR


Sudah menjadi lumrah pada masa kini SPR akan tetap dipersalahkan dengan apa juga kaedah yang akan dijalankan untuk menjadikan pilihanraya di Malaysia bersih seperti mana yang dituntut oleh parti pembangkang yang selalu mengatakan bahawa SPR tidak telus dan sebagainya.

Adakah pembangkang pada hari ini berfikir sedalam-dalamnya bahawa beberapa buah negeri telah jatuh ke tangan mereka semasa PRU12 yang lepas? Kenapa mereka masih mengatakan bahawa SPR tidak telus dan sebagainya? Adakah Kelantan kalah jika ada konspirasi antara SPR dengan kerajaan? Tidak bukan? Isu ini sengaja di bawa oleh pihak pembangkang semata-mata mereka merasakan bahawa meraka adalah yang terbaik dan yang terhebat.

Tahukah mereka, bahawa rakyat Malaysia menolak pembangkang kerana sifat serta sikap pembangkang itu sendiri yang menunjukkan bahawa meraka tidak layak untuk merintah negara?

Ramai rakyat Malaysia yang mengetahui apa pengorbanan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dan rakyat Malaysia terus memberi mandat kepada Barisan Nasional bukan kerana SPR.

SPR hanya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjalankan Pilihanraya di negara ini setelah Parlimen dibubarkan dan bukanlah mempunyai kuasa untuk menentukan siapa menjadi pemerintah, yang mempunyai kuasa tersebut ialah rakyat.

Jika selama ini Pembangkang mengatakan bahawa kuasa rakyat adalah penentu masa depan, kenapa masih lagi menyalahkan SPR tentang perkara ini, atau mungkin juga pembangkang boleh diibaratkan seperti pukul anak sindir menantu.

Dengan mengatakan bahawa SPR tidak telus tetapi yang sebenarnya mereka mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang tidak bijak.

Sangkakala amat yakin bahawa pengundi serta rakyat Malaysia amat bijak dalam membuat pilihan siapa yang perlu diletakkan sebagai kerajaan dan kita dapat lihat kini, apa bila rakyat memberi peluang kepada pembangkang untuk memerintah, macam-macam kepincangan telah terjadi. inikah bukti bahawa pembangkang layak untuk menjadi kerajaan bagi negara Malaysia? sedangkan sebuah negeri sudah tidak mampu untuk diurus tadbir, apatah lagi sebuah negara.

Sangkakala harap rakyat Malaysia meneliti semula sikap pembangkang ini dalam usaha mereka untuk menawan Putrajaya, dimana kemampuan mereka dalam mentadbir, siapa yang bakal menjadi pentadbir dan mentadbir negara, sama ada dalam terang mahupun disebalik tabir nanti.

Kita ikuti apa kata Pengerusi SPR seperti yang tercatit dibawah gambar tentang perkara ini.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata adalah tidak adil untuk mengkritik SPR berhubung langkahnya untuk melantik lima pemerhati pilihan raya sewaktu pilihan raya umum ke-13.

Beliau menjelaskan, pemerhati yang sedang dipertimbang untuk dilantik oleh SPR itu, bekerjasama dengan suruhanjaya berkenaan untuk menyediakan satu garis panduan  dan ia belum muktamad lagi.

Oleh itu, tambahnya, adalah tidak adil untuk mengkritik SPR sekarang kerana pemerhati (berpotensi) itu belum lagi ditauliahkan.

Abdul Aziz menjelaskan demikian dalam mesej teks kepada Malaysiakini semalam.

SPR berdepan dengan kritikan hebat sejak menamakan lima NGO yang mahu dilantiknya sebagai pemerhati dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka adalah kumpulan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia, badan hak asasi manusia Promotion of Human Rights (Proham) dan badan kajiselidik bebas, Merdeka Centre.

Ada yang mengatakan bahwa tiada satupun daripada NGO yang dipilih itu mempunyai banyak pengalaman dalam pemantauan pilihanraya, manakala kumpulan yang arif dalam tugasan tersebut telah diabaikan, siapa yang arif sangat tu? Penahkah mereka terlibat dalam mana-mana pilihanraya, perlu diingat bahawa mereka dikatakan tidak BANYAK pengalaman, ini bermakna mereka juga berpengalaman dan bukanlah tidak mempunyai pengalaman langsung, dan siapa pula yang menjadi juri untuk menilai meraka layak atau tidak?


Pengerusi Badan Pilihanraya Bebas dan Adil (MAFREL) Syed Ibrahim
Syed Noh kecewa kerana badan-badan yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut, tidak dipilih menjadi pemerhati pilihan raya. Pengalaman yang bagaimana dimaksudkan oleh beliau tentang pilihanraya agaknya ni?

Syed Ibrahim juga menuduh SPR cuba mewujudkan persepsi palsu bahawa suruhanjaya itu telus, ketelusan yang bagaimana lagi ingin dipinta oleh Syed Ibrahim agaknya?

Abdul Aziz dalam satu temubual dengan akhbar New Straits Times baru-baru ini, berkata Mafrel tidak dipilih kerana ia "berat sebelah dan pro-pembangkang" dan bagaimana mereka ini boleh dipilih sebagai pemerhati jika mereka sendiri berat sebelah?

Jadi rakyat perlu menilai, apa yang dilakukan oleh pembangkang dalam memastikan  mereka mendapat laluan ke Putrajaya.

Tiada ulasan: