Kalau takde angin masakan pokok bergoyang, itulah bidalan orang tua-tua dulu yang merujuk kepada sesuatu kejadian.
Tapi dalam kes sekarang ni dengar dengarnya Ketua Pengarah RELA Malaysia akan dipertaruhkan oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen Papar dalam PRU akan datang.
Entah ye entahkan tidak Sangkakala pun tak tau la tapi itulah yang disebut sebut dan panas diperkatakan sekarang ni.
KP RELA ni juga dikatakan kerap turun ke Papar dan memberikan sumbangan kepada penduduk di sana dan ini menambahkan lagi kekuatan angin yang membawa berita.
Sangkakala tak kisah sangat siapa nak bertanding pun tambahan lagi di Sabah tu bukanlah tempat Sangkakala mengundi tapi ada satu kepelikan berlaku.
Apa yang pelik? Yang peliknya KP RELA ni penjawat awam dan kalau tak silap dalam gred M54. Macam mana dia ni sewenang wenangnya boleh berpolitik? Ye ada klausa mengatakan bahawa penjawat awam boleh berpolitik dengan syarat mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan.
Persoalan satu lagi dia ni adalah Ketua Jabatan dan adakan boss Kementerian Dalam Negeri memberikan kebenaran?
Kalau benar Ketua Pengarah ni nak bertanding Sangkakala rasa adalah lebih afdhal kalau dia lepaskan jawatan sekarang sebab gaji yang dibayar adalah dari hasil titik peluh rakyat dan rakyat mahukan seorang Ketua Jabatan yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjawat awam dan bukanlah orang yang gila nak jadi calon.
Mungkin akan ada suara yang mengatakan bahawa selagi dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah maka biarlah dia nak berpolitik. Sangkakala setuju tu tapi takkan nak sebut satu persatu kegagalan dan kegagalan itu ditanggung oleh Timbalan Ketua Pengaran dan Pengarah Pengarah lain.
Apa apa pun Sangkakala ucapkan selamat hilang deposit Datuk dalam PRU akan datang. Yang paling best, ada pangkat Datuk pun tak membolehkan pegang Jusa C dalam Kementerian.