Khamis, 21 September 2017

KENCING GUAN ENG MELIMPAH DI PENANG @NajibRazak

Sejak tahun 2008 kerajaan Negeri Pulau Pinang bertukar tangan, permasaalahan tetap juga berlaku dan ianya tidak mampu dibendung oleh kerajaan negeri dibawah pemerintahan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Banjir berlaku setiap tahun malah semakin buruk apabila Guan Eng dan kerajaannya gagal untuk mennyelenggara sistem perparitan dan saliran bagi melancarkan perjalanan air ketika hujan.

Apa yang dilakukan oleh Guan Eng dan kerajaannya adalah dengan menyalahkan hujan sebagai penyebab berlakunya banjir di negeri tersebut.

Sangkakala tak nafikan bahawa banjir adalah berpunca dari hujan namun ianya dapat dibendung sekiranya kerajaan negeri mengambil inisiatif memperbaiki sistem perparitan dengan lebih baik.

Jika hanya menyalahkan cuaca, permasaalahan ini tidak akan selesai malah ianya akan bertambah buruk dimasa akan datang.

Kecualilah kalau rakyat Pulau Pinang memang suka berendam dalam air banjir setiap kali hujan turun.




Tiada ulasan: