Setelah DAP memenangi Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) dan menjadi kerajaan, banyak perkara telah dilakukan oleh kerajaan dibawah Guan Eng tersebut.
Antaranya ialah menjual harta kerajaan negeri berupa tanah milik kerajaan kepada syarikat swasta, menindas peniaga khususnya Melayu, meranapkan rumah rumah kampung untuk diberikan kepada pemaju swasta dan banyak lagi.
Namun apa yang paling baik dilakukan oleh Guan Eng dan kerajaan DAP adalah memberikan kemudahan berupa kawasan renang yang berlaku saban tahun.
Setiap kali hujan lebat melanda, sudah pasti akan berlaku banjir kilat yang membuatkan rakyat bertambah resah dan gelisah.
Gambar diatas jelas menunjukkan betapa sengsaranya mereka yang kurang upaya dalam mengharungi permasaalahan yang kian meruncing di Pulau Pinang.
Kerajaan Pulau Pinang dilihat langsung tidak mengambil peduli terhadap permasaaalahan rakyat dan apa yang paling penting ialah, keselesaan hidup mereka sendiri.
Kerajaan persekutuan telah banyak memberikan bantuan kepada kerajaan Pulau Pinang dan sebagai contoh, peruntukan Marris diberikan setiap tahun bagi mengelolakan sistem jalan dan perparitan.
Namun persoalannya kemana wang tersebut dibelanjakan? Memang dalam laporan audit menunjukkan wang tersebut telah digunakan namun ianya seperti tidak menepati sasaran.
Sangkakala berikan contoh, jika perbelanjaan wang Marris digunakan sebaik mungkin, adalah agak mustahil perkara seperti banjir ini akan berulang saban tahun dan jika ianya berlaku sekalipun, mungkin dapat dikurangkan tahun demi tahun.
Tapi kini nampaknya perkara tersebut tidak berlaku sebab keadaan banjir di Pulau Pinang makin tahun makin teruk dan kini ianya semakin mencemaskan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan