Sabtu, 30 September 2017

PAS MABUK !! EXCO SELANGOR KURANG AJAR @NajibRazak @tunfaisal

Kebiadaban DAP kian terserlah apabila mengatakan bahawa pemimpin PAS khususnya Kelantan hari ini 'MABUK'.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh EXCO kanan negeri Selangor daripada DAP berikutan isu pesta arak yang diakatakan akan berlangsung di negeri Selangor setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menolak permohonan untuk penganjuran pesta berkenaan.


Teng Chang Kim sedar ataupun tidak bahawa dia sekarang berada dalam Malaysia yang agama persekutuannya adalah agama Islam?

Jika hendak dikatakan bahawa pemimpin PAS ini sibuk tentang pesta arak dan tak perlu untuk jadi hero berkenaan program tersebut, apa pula pendirian pemimpin DAP dalam isu RUU 355 yang dibawa oleh Tuan Guru Hadi Awang dalam parlimen?

Adakah undang undang berkenaan melibatkan orang bukan Islam diMalaysia hingga membuatkan pemimpin DAP melompat dan masuk campur?

Adakah juga Teng akan dikenakan hukuman sebat jika berzina? Hingga membuatkan dia salah seorang yang lantang mempertikaikan pembentangan Rang Undang Undang berkenaan?

Rasanya Teng Chang Kim tak perlu 'POTONG' apa apa sekalipun jika RUU berkenaan diluluskan oleh parlimen kerana dia bukan Islam.

Pemimpin Islam hari ini mepertikai pesta arak kerana ianya jelas arak adalah haram disisi agama Islam dan seperti yang Sangkakala katakan tadi, dalam perlembagaan Malaysia jelas mengatakan bahawa agama Islam adalah agama bagi persekutuan.

Mungkin juga Teng merasakan bahawa beliau kini berada di China jadi tak perlu untuk menghormati perlembagaan dan perlu diingat, jika perlembagaan itu tidak dihormati, bolehlah bungkus apa yang patut dan pergilah kemana mana tempat yang tiada perlembagaan.


Tiada ulasan: