Rabu, 28 Jun 2017

KERAJAAN SELANGOR SUDAH MULA GUSAR DENGAN KEGIATAN TAN SRI @NohOmar

Hari ni Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor mengeluarkan kenyataan akhbar yang meminta Perdana Menteri menggantikan Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan dengan orang lain.

Sangkakala melihat ini semua berpunca daripada kegiatan Noh Omar yang seringkali turun padang dan menyelongkar kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor yang selama ini mengatakan bahawa mereka 'PEDULI RAKYAT' sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

YB Dato Iskandar mengatakan bahawa Tan Sri Noh Omar berkonfrantasi dengan kerajaan negeri yang kononnya memberikan sepenuh kerjasama kepada kerajaan pusat dalam isu perumahan.

Persoalannya kini, betulkah kerajaan negeri memberikan kerjasama dengan kerajaan pusat?

Apa yang Sangkakala lihat, Tan Sri Noh Omar tidak sesekali mempertikai kerjasama diantara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat tetapi lebih kepada membongkar apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat namun tidak dilakukan.

Sebagai contoh, beberapa kali Tan Sri Noh turun membuat lawatan ke rumah PPR di sekitar negeri Selangor, keadaannya amat daif dan tidak terurus dan pembongkaran ini sebenarnya membuatkan kerajaan negeri panas punggung dan tatkala ini, rakyat sudah mula melihat kepincangan demi kepincangan di negeri Selangor.

Berkenaan dengan kerjasama pula, pihak KPKT pernah mencadangkan supaya sebuah Balai Bomba di bina di Setia Alam namun pembinaannya terpaksa ditangguhkan ekoran harga premium tanah yang dikenakan oleh kerajaan negeri agak tinggi iaitu sebanyak RM 2.4 juta.

Perkara ini pernah dibawa ke dalam sidang DUN negeri Selangor namun jawapan yang diberikan oleh kerajaan negeri melalui Menteri Besar amat tidak menggalakkan dan beliau (Menteri Besar) mengatakan bahawa kerajaan pusat mempunyai sumber kewangan yang banyak dan harga premium tanah tersebut adalah mengikut harga semasa sedangkan balai bomba berkenaan adalah untuk keperluan rakyat.

Jadi dimana kebenaran seperti yang dinyatakan oleh YB Dato Iskandar tentang kerajaan negeri memberikan kerjasama?

Begitu juga dengan perumahan di Selangor yang harganya dilihat melambung tinggi ekoran penswastaan pembinaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan tidak seperti waktu Barisan Nasional memerintah dulu dimana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS diberikan tugas untuk membuat membina rumah kediaman untuk rakyat tetapi kini ianya tidak lagi berlaku.

Bukan sahaja PKNS tidak lagi ditugaskan untuk membina perumahan, tanah milik PKNS yang digazetkan untuk perumahan rakyat dijual kepada pemaju bagi pembinaan rumah dan ini membuatkan rumah kediaman di Selangor melambung.

Jadi disini, YB Iskandar tak perlulah menegakkan benang yang basah untuk menghalalkan perilaku kerajaan negeri yang menindas rakyat.



Tiada ulasan: