Kecoh tentang kediaman Adam Rosly, Ketua AMK Ampang dan juga pegawai khas kepada Zuraidah Ahli Parlimen kawasan Ampang yang memiliki kekayaan luar biasa seawal umur 28 tahun.
Banglo milik Adam yang mempunyai reka bentuk ala Disneyland dikatakan hanya bernilai RM 1 Juta dan dibeli melalui bidaan lelongan bank.
Jika melalui lelongan bank sekali pun, harga kediaman tersebut masih lagi dilihat tinggi jika dilihat melalui gaji seorang pagawai khas.
Dibawah ni Sangkakala masukkan bagaimana kiraan jika rumah bernilai RM 1 juta dibeli melalui lelongan bank.
JOM BELAJAR MENGIRA!
Kiraan Bagi Memiliki Rumah Lelongan Bernilai RM 1 Juta
1. Untuk memiliki rumah lelong bernilai RM 1 Juta, anda perlu mempunyai tunai tersedia sebanyak RM50K atau RM100K bagi tujuan deposit dan melayakkan anda menyertai lelongan tersebut. (5% or 10% daripada nilai rumah)
2. Anda juga perlu menyelesaikan bayaran tertunggak 3 bulan sebanyak RM16K. Bil-bil tertunggak seperti cukai pintu, elektrik dan air.
3. Baki RM900K boleh diperoleh melalui pinjaman bank dan kebiasaannya bank hanya boleh memberi pinjaman sekiranya nilai bayaran ansuran bulanan adalah 70% ataupun kurang daripada jumlah pendapatan bersih anda. (Hutang kad kredit, hutang peribadi, hutang rumah yang lain & hutang kereta)
4. Dengan nilai pinjaman RM900K selama 35 tahun dengan kadar faedah pada 6.6%. Bayaran ansuran bulanan adalah RM5500.
5. Katakan anda juga memiliki sekurang-kurangnya 4 buah kereta mewah seperti BMW 320i (RM250K) Mercedes C200 (RM300K) Volvo X40 (RM200K) dan Mini Cooper Clubman (RM250K), maka ansuran bulanan untuk setiap kenderaan tersebut adalah:
BMW: RM2900
Merc: RM3400
Volvo: RM2400
MC: RM2900
6. Maka, untuk mendapatkan pinjaman RM900K dengan nilai tanggungan di atas, gaji bulanan anda perlulah sekurang-kurangnya RM24,185.42. (Dengan mengambil kira anda tidak mempunyai sebarang hutang kad kredit dan hutang rumah-rumah yang lain)
7. Maka inilah gaji seorang pegawai khas kepada ahli parlimen.
P/S: Cuba sesiapa minta dia untuk tunjukkan slip gaji dan borang J LHDN.
P/S: Tu baru kira beli rumah terbengkalai 1 juta, belum kos menyiapkan dan renovation yang tak kurang 2 juta. Kalau PA Zuraidah kaya macam ni, Zuraidah takkan lebih miskin dari dia. Bila abang-abang SPRM nak siasat mereka ni ya?
#AnakMudaSudahKaya
#NegaraMakmur
#SyukurAtasKurniaanRezeki
-sumber-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan