Sabtu, 19 November 2016

JAWAPAN ZURAIDAH AHLI PARLIMEN AMPANG MEMAKAN DIRI @NajibRazak @NohOmar

Hari ni himpunan kuning dan merah berlangsung di Kuala Lumpur dan pelbagai spekulasi tentang kehadiran peserta disebut sebut di media sosial terutamanya Facebook.

Namun itu bukanlah cerita yang Sangkakala nak kisahkan disini, dan apa yang Sangkakala akan kisahkan kali ini ialah tentang jutawan muda dari Ampang yang bernama Adam Rosly.

Kisah Adam Rosly hangat diperkatakan apabila dikatakan memiliki sebuah banglo ala ala Disneyland telah memeranjatkan banyak pihak dan seperti biasa, jawapan demi jawapan diterima.

Tidak ketinggalan memberikan jawapan ialah ahli parlimen Ampang, YB Zuraidah yang mengatakan bahawa kediaman Adam dilihat lebih besar kerana berada di dalam kawasan kampung.


Kenyataan Zuraidah sebenarnya hanyalah untuk menghalalkan serta melindungi perbuatan Adam yang dikatakan memiliki kekayaan mengejut dalam tempoh hanya 2 tahun.

Zuraidah juga mungkin cuba untuk mengatakan bahawa Adam hanya memiliki sebuah kediaman tetapi terlupa bahawa Adam juga memilki 2 buah kediaman lagi.


Kawasan perumahan di Saujana bukanlah asing lagi dimana ramai di kalangan rakyat Selangor tahu bahawa kawasan tersebut adalah kawasan elit dan sebuah lagi di Putrajaya yang bernilai RM 1.2 juta.

Persoalannya kini, berapakah pendapatan Adam Rosly sebulan jika hendak dibandingkan dengan kediaman kediaman yang beliau miliki itu tidak termasuk lagi kenderaan kenderaan mewah.

Untuk memiliki kediaman di Ampang dan kenderaan sahaja Adam Rosly perlu mempunyai pendapatan sebanyak lebih kurang RM 24 ribu dan bagaimana pula dengan kediaman kediaman lain?

Pihak berkuasa terutamanya SPRM perlu menjalankan siasatan agar tidak ada unsur unsur penyalah gunaan kuasa maklumlah Adam juga merupakan pegawai khas kepada ahli parlimen Ampang.



Tiada ulasan: