Selasa, 1 November 2016

INI JAWAPAN KEPADA MEREKA YANG KELIRU TENTANG HARGA MINYAK @NajibRazak @NohOmar #scs14


Penetapan harga minyak di Malaysia ini kita pakai sistem "manage float"atau apongan terkawal. Purata data bulan ni akan tentukan harga minyak bulan depan. Contohnya, kenaikan harga minyak bulan Nov disebabkan oleh peningkatan dlm cost of production (Brent nak convert jadi Ron97, Ron95 dan diesel). 

Rujukan kepada harga brent semata-mata tidak cukup. Pasal ada faktor lain mcm penyusutan nilai ringgit bagi bulan semasa, sila rujuk data di bawah:

Data September (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan Oktober)
Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD59 
Kos produk Ron95 : USD58
Kos produk diesel : USD54
Exchange rate : USD1 = RM4.15

Data Oktober (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan November)
Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD67
Kos produk Ron95 : USD65
Kos produk diesel : USD63
Exchange rate : USD1 = RM4.25

Peningkatan kos produk tu salah satunya disebabkan oleh excess supply. Fasiliti storage yang tidak cukup juga akan meningkatkan lagi kos produk bulan Oktober berbanding September.

Mungkin dengan penjelasan diatas akan membuatkan rakyat Malaysia lebih memahami bagaimana harga minyak ditentukan pada setiap bulan.



Tiada ulasan: