Selasa, 2 Ogos 2016

@nohomar KENA TEMPELAK DENGAN AHLI PARLIMEN DAP @NajibRazak @Zahid_Hamidi #scs14

"Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng menempelak Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berhubung cadangan untuk mewajibkan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di Selangor melaksanakan kutipan dana awam untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah infrastruktur.


Menurut Lim, rakyat Selangor tidak memerlukan seorang menteri yang sebaik sahaja dilantik  dan terus berhasrat memerah rakyat yang sudah sedia terbeban dengan masalah kewangan.

Bagi Sangkakala pula, mungkin Ahli Parlimen DAP ni takde akal atau kekurangan akalnya dalam memahami maksud seseorang.

Tan Sri Noh memberi cadangan supaya pihak PIBG mengadakan program bagi mengumpul dana untuk membantu kerajaan dalam membaik pulih prasarana di sekolah.

Maksudnya disini ialah, PIBG boleh mengadakan program seperti jamuan makan malam dan sebagainya bagi mengumpul dana.

Setahu Sangkakala, banyak sekolah sekolah aliran Cina menggunakan kaedah sama bagi mengumpul dana untuk sekolah mereka. Kenapa bila ada menteri memberi cadangan serupa, maka menteri tersebut di katakan hendak memerah PIBG dan sebagainya?

Jadi disini nampaknya ahli parlimen dari DAP yang tak berapa cukup akal ni sengaja nak mempolitikkan perkara tersebut sedangkan ianya adalah baik bagi pihak sekolah, bukan sahaja dapat membantu kerajaan, malah dengan dana terkumpul, Sangkakala rasa lebih banyak program dapat diadakan.



Tiada ulasan: