Ahad, 28 Ogos 2016

LAWAK BODOH BEKAS EXCO KERAJAAN TAK MENJADI !!! @NajibRazak @NohOmar #scs14

Jadi ADUN tak semestinya bijak dan untuk melakukan propaganda kepada rakyat pula memerlukan kemahiran tinggi dan bukan hanya nak main hentam semacam.

Tapi apa yang berlaku Sangkakala lihat kepada ADUN Sri Andalas jelas menunjukkan betapa bodohnya beliau dalam usaha untuk melakukan propaganda lawak.


YB Xavier dikatakan telah meletakkan papan tanda yang menyatakan bahawa sebanyak 1.2 juta rakyat atau pengundi dipindahkan tanpa mendapat persetujuan penama.

Persoalan pertama yang Sangkakala nak ajukan ialah, dari mana Xavier mendapat angka 1.2 juta tersebut? Adakah beliau menemui 1.2 juta pengundi yang dimaksudkan?

Satu lagi ialah, adakah Xavier tak tau bahawa setiap kali penukaran pusat mengundi hendak dilakukan, pengundi perlu menandatangi borang pertukaran pusat mengundi.

Yang ketiga, adakah Xavier sendiri melakukan perkara tersebut hingga beliau tahu berapa ramai yang pengundi yang dikatakan sudah ditukar pusat mengundi.

Keempat, adakah Xavier cuba mengatakan bahawa ini yang dilakukan oleh pihak pembangkang sehingga mereka boleh menang dan menjadi kerajaan di Selangir?

Jadi sebelum nak buat propaganda, pastikan bahawa propaganda yang nak dilakukan itu tidak nampak pembohongannya dan yang paling penting, biarlah nampak lebih cerdik.




Tiada ulasan: