Sabtu, 6 Ogos 2016

KONONNYA BERKEBAJIKAN !! TAPI DIMANA KEBAJIKANNYA @NohOmar #scs14

Slogan laungan yang di sebut sebut nampaknya tidak akan menjadi kenyataan terhadap rakyat di Selangor.

Kalau baru baru ini Sangkakala masukkan kes di Kota Damansara, hari ini satu lagi kes yang sama dilaporkan oleh penduduk dimana sampah yang berlonggok dibiarkan lebih dari 3 hari.






Kalau nak dikatakan aduan, sudah kerap kali aduan dibuat, namun situasi tetap sama dan kemungkinan ianya tidak akan berubah.

Seperti yang Sangkakala pernah katakan, dimana perginya Penyelaras DUN Kota Damansara? Dimana perginya Ahli Majlis yang mewakili Kota Damansara? Apak Adakah semuanya sibuk hingga kawasan tidak dapat dipantau dari segi kebersihan?

Kebersihan ini bukan sahaja penting dari segi penglihatan malah ianya juga melibatkan kesihatan rakyat, berapa ramai rakyat di Selangor yang telah dijangkiti oleh Denggi? Satu satunya wabak yang amat menakutkan bila berada di negeri Selangor.

Ini kerana sesiapa juga boleh dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh nyamuk aedes tidak kira tua muda miskin ataupun kaya.

Dan yang paling menakutkan apabila wabak ini boleh merebak dengan pantas serta boleh meragut nyawa mangsa yang menghidapinya.

Tapi ini adalah satu hadiah yang diberikan oleh kerajaan Selangor kepada pengundi mereka pada hari ini dan ianya sudah berlanjutan sehingga 8 tahun.

Mungkin pada awalnya sahaja Azmin Ali selaku Menteri Besar menunjukkan sikap prihatin sehingga turun ke longkang dan membeli penyebur nyamuk dan disembur ke dalam bas sekolah.

Adakah itu mencukupi?

Mungkin rakyat Selangor ada jawapannya.




Tiada ulasan: