Selasa, 16 Disember 2014

SELEPAS PENIAGA - PEMANCING PULA JADI SASARAN

Nampaknya kerajaan Selangor takkan habis habis membebankan rakyat dalam apa juga hal.

Sejak semalam kecoh apabila ada ura ura kedengaran bahawa setiap pemancing ikan pelru mendapatkan permit hingga Menteri Pertanian malam tadi mengeluarkan kenyataan supaya ianya ditarik balik dan pelaksanaan perlesenan tersebut tidak akan berlaku.

Tapi perkara sebaliknya berlaku di Selangor apabila Menteri Besar telah mengeluarkan arahan atau perintah bahawa setiap pemancing perlu atau wajib membayar permit di PBT berkuat kuasa serta merta.


Tahun tahun sebelum ini kita mendengar dan melihat kenaikan paras cukai premis perniagaan, cukai pintu dan sebagainya dan hari ini pemancing pula akan dikenakan bayaran untuk memancing.

Hallo Mr MB, pemancing ni sebenarnya hanya untuk suka suka la, kalau dapat hasil tangkapan pun biasanya hanya untuk dijadikan juadah untuk keluarga, bukan sampai nak diniagakan.

Apakah dengan belanjawan defisit yang dikemukakan oleh Menteri Besar baru baru ni maka pemancing pula dijadikan sasaran untuk mendapat semula keuntungan? 

Rasanya kalau amalan mereka sebegini, jangan terkejut jika tak lama lagi akan ada beberapa kenaikan lagi di Selangor, dan kepada rakyat Selangor, bersiap sedialah untuk menghadapi kenaikan kenaikan ini.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemancing pn perlu de lesen?..mngarut betul..

Tanpa Nama berkata...

Kalu pancing china doll tak perlu ada lesen.......

Tanpa Nama berkata...

Saya pancing dkat lombong..sungai pun nak lesen jugak...? Gila ke apa..