Isnin, 3 November 2014

KILANG AIS TIADA SIJIL HALAL ??? APA KATA PPIM DAN JAKIM

Satu masa dulu heboh diperkatakan tentang sijil halal yang membabitkan beberapa buah syarikat terutamanya kilang makanan dan pembuatan.

Tapi pernah atau tidak kita terfikirkan tentang kilang ais kiub yang menjual produk mereka ke restoran restoran dan kedai kedai makan?

Mungkin perkara ini dianggap remeh tapi bagi Sangkakala ianya tidak boleh dipandang ringan.


Persoalan yang kita perlu fikir ialah, dari mana punca air tersebut diperolehi? Adakah ianya dari sumber yang sepatutnya atau ianya diambil dari sumber yang tidak diketahui tahap kebersihannya dan adakah ianya halal serta bebas dari unsur unsur yang membolehkan ianya menjadi tidak halal.

Sangkakala harap pihak JAKIM dan PPIM membuat pemantauan tentang perkara ini supaya ianya tidak lagi menjadi keraguan.



1 ulasan:

Cap Ayam berkata...

Kah kah kah.. Berapa billion kilang ais boleh rolling? Ni ha RM1.54 billion apa tujuan, mana pergi? 1MDB atau Goldman Sachs? Siapa pembohong? Ni cerita kilang ais... Apa kelas? Kah kah kah kah