Kajang hari ini dilanda banjir sekali lagi akibat hujan lebat dan alasan yang akan diberikan ialah masalah hujan lebat yang melanda.
Namun perkara ini rasanya dapat diatasi jika ADUN Kawasan Kajang yang juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat menjalankan tugas serta amanah beliau sebagai wakil rakyat.
Tapi oleh kerana kesibukan Wan Azizah menjaga cucu cucunya dan kesibukan hal hal lain maka kebajikan rakyat di Kajang telah dilupakan hinggakan hujan tak sampai 3 jam boleh mengakibatkan banjir.
Agaknya kalau hujan sehari suntuk mavam mana le keadaan di Kajang? Agaknya mau paras bumbung kediaman.
Selaku Presiden parti yang memerintah, rasanya perkara sebegini tak sepatutnya berlaku kerana Wan Azizah boleh mengarahkan sistem perparitan dibaik pulih dengan kadar segera.
Tapi macam yang Sangkakala katakan tadi, akibat kesibukan melampau maka Wan Azizah tak sempat untuk melakukan tugas tugas yang diamanahkan oleh rakyat di Kajang hingga menyusahkan mereka.
Walau apa pun, Sangkakala ucapkan tahniah kepada rakyat Kajang yang memilih 'sepat kering' ni sebagai wakil mereka dan satu lagi, rakyat Kajang harus bersyukur sebab dapat air free.
2 ulasan:
Langkah kajang sebenornya langkah ke penjara kajang kut.......
Rasakan penduduk. Mereka pak /mak sanggup. Lantak.
Catat Ulasan