Sangkakala terbaca baru baru ni apabila YB Datuk Seri Noh mengkritik Azmin apabila beliau meminta mufti Selangor untuk berjumpa dengan Pertubuhan Sister In Islam atau SIS bagi menyelesaikan setiap permasaalahan yang timbul berkenaan dengan tuntutan pertubuhan tersebut.
Azmin ketika ditanya oleh pemberita tentang kritikan tersebut dengan sahaja mengatakan bahawa beliau tidak kenal dengan Noh Omar dan meminta supaya ianya ditanya kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad sekiranya kenal dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor tersebut.
Baru jadi Menteri Besar dah tak kenal orang? Hari tu kata tak kenal Faekah Husin yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik Mantan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, ni dah tak kenal Noh Omar pulak.
Agaknya mak dia dulu yang dikatakan tidak dikunjungi selama bertahun tahun juga tidak dikenali oleh Azmin selepas beliau mendapat kedudukan bersama sama dengan Anwatlr Ibrahim.
Satu lagi Sangkakala nak sentuh ialah, apabila Azmin menyokong SIS yang jelas bercanggah dengan teras agama Islam dan sebagai seorang Menteri Besar, sikap ini adalah amat merbahaya kerana aqidah seorang pemimpin boleh terpesong dan seterusnya memesongkan aqidah orang lain pula.
2 ulasan:
Itu sebenarnya ciri-ciri sifat sombong dan bongkak, bukannya bangang !!
Ke**** Bu*** lah UMNO Selangor...takkan nak lantik shukor jadi calon MB lawan azmin? Gigi bawah pun berterabur macam tiang jamban lama....
Tolonglah cari calon yang muda hebat dan layak bukannya standard kerani pejabat tanah....
Catat Ulasan