dicatPakatan pembangkang dengan bangganya mengatakan bahawa Tan Sri Musa Hasan telah menyertai Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat, namun perkara itu telah dinafikan oleh bekas ketua polis negara tersebut.
Bukankah ianya sesuatu yang memalukan kerana pakatan pembangkang terpaksa menggunakan nama bekas ketua polis itu untuk tujuan kempen mereka bagi menghadapi pilihanraya kali ini.
Lebih memalukan apabila Tan Sri Musa sendiri menidakkan perkara tersebut dan beliau berkata beliau hanya diminta untuk menjadi penasihat keselamatan bagi pakatan pembangkang tetapi bukan secara rasmi.
Agaknya apa lagi yang nak dibohongi oleh pakatan pembangkang ni kepada rakyat?
Selama ini pun banyak sudah pembohongan yang dilakukan oleh mereka demi untuk mendapat undi dari rakyat dan apa yang lebih menyeronokkan lagi ialah apabila Tan Sri Musa sendiri yangenafikan perkara tersebut.
Lepas ni agaknya pakatan pembangkang akan kata bahawa mantan Perdana Menteri pula menyokong mereka walaupun selama ini pelbagai tohmahan di hamburkan kepada beliau.
Sama juga keadaannya dengan Tan Sri Musa, setelah pelbagai tohmahan termasuk dikatakan sebagai talibarut kerajaan namun kini nama beliau dinaikkan pula oleh pakatan pembangkang semata mata untuk meraih undi dari rakyat.
Setakat untuk memberikan nasihat tapi bukan secara langsung bagi Sangkakala ianya tidak menjadi masalah, tidak ada sesiapa yang melarang jika Tan Sri Musa mahu bertindak sebegitu kerana kepakaran serta kemahiran beliau dalam melaksanakan tugas tidak dapat dinafikan lagi.
Dengan meletakkan beliau sebagai seorang penasihat walaupun secara tidak langsung, sebenarnya dapat membuktikan bahawa Tan Sri Musa sememangnya seorang anggota polis peringkat tertinggi yang cekap dalam menjalankan tugas walaupun selama ini pakatan pembangkang menafikan perkara tersebut dengan mencaci maki beliau.
Apa apa pun Sangkakala amat yakin bahawa Tan Sri Musa bukanlah sebodoh yang disangka yang akan memberikan nasihat membuta tuli jika ianya bertentangan dengan undang undang.