Jumaat, 17 Mei 2013

TAMATNYA RIWAYAT POLITIK ANWAR IBRAHIM

Apabila mengatakan bahawa Anwar Ibrahim memprotes keputusan pilhanraya yang laku, ramai dikalangan rakyat Malaysia tertanya tanya apakah motif sebenar Anwar di sebalik semua ini?

Kemudian Anwar dikatakan membawa anak anak muda untuk turun melakukan himpunan kononnya ada penyelewengan dalam pilhanraya dan terdapat kes terputusnya bekalan elektrik di beberapa kawasan pengiraan undi.

Pengasas Asal Bukan UMNO pula mengugut akan membawa anak anak muda serta pengikut pakatan pembangkang untuk turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dengan cara kekerasan.

Tapi satu tindakan yang agak mengejutkan dilakukan oleh Karpal Singh pada hari ini apabila beliau pergi membuat laporan polis tentang himpunan hitam 505 yang diadakan dan beliau membantah apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Disini jelas menunjukkan bahawa Anwar kini hanya bergerak sendirian tanpa ditemani oleh rakan dalam pakatan pembangkang dan ini juga jelas menunjukkan bahawa Anwar bakal dimatikan dalam arena politik tanah air. 


Tindakan yang dilakukan oleh Karpal dilihat tepat kerana sebagai seorang peguam, beliau tahu akan undang undang dan perbuatan untuk mengheret pengikut ke jalan raya adalah satu perbuatan yang menyalahi undang undang negara yang mana ianya melibatkan keselamatan orang ramai.

Karpal juga mungkin sudah muak dengan perlakuan Anwar Ibrahim yang tak sudah sudah menyusahkan para pengikut serta orang ramai demi untuk mencapai matlamat beliau untuk menjadi Perdana Menteri. 

Itu juga dilihat sebagai mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan keaelamatan orang ramai yang kemungkinan akan mendapat kecederaan atau kematian jika berlaku rusuhan.

PAS pula dilihay semakin memencilkan diri kerana mungkin juga tidak mahu bersekongkol dengan kebodohan Anwar Ibrahim dalam perancangan beliau untuk melakukan himpunan tersebut.

Kini Anwar kesaorangan dan beliau akan terus begitu kerana kini rakan rakan baik beliau sudah mula menyisihkan diri dan tidak lagi mahu campur tangan dalam kerja gila yang beliau lakukan.