Khamis, 23 Mei 2013

#countdown JOM PAKAT PAKAT HANTAR PETISYEN

Semalam suruhanjaya pilihanraya telah mewartakan keputusan pilihanraya umum ke 13 yang lalu, ini bermakna semua calon atau parti yang bertanding atau pengundi juga boleh menghantar petisyen bantahan atau sebagainya ke Mahkamah.

Jadi apa kata pembangkang? Takkan nak buat demonstrasi di jalanan sehingga tamat tempoh bantahan nanti.

Kini tinggal lagi 20 hari bagi semua calon atau parti membuat bantahan, cuma disini Sangkakala nak tanya sikit, Anwar taknak bantah ke kemenangan beliau di Permatang Pauh tu?

Ini la pemikiran pembangkang, bila dah menang, buat tak reti, tapi bila kalah, mula kata macam macam.

Sekarang sudah ada ruang dimana parti atau calon yang bertanding boleh membawa segala bantahan ke mahkamah, biar hakim dan mahkamah menentukan semuanya, bukan dengan cara bantah di tepi jalan dengan membawa semua pengikut dan akhirnya menyusahkan orang lain.

Kepada Barisan Nasional pula, apa kata kalau kita bantah kemenangan Pakatan Pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, sebab kalau nak diikutkan Barisan Nasional pun dapat undi popular juga sebab Barisan Nasional adalah satu parti, sedangkan PAS, DAP dan PKR adalah 3 parti yang berlain, jadi undi popular mereka perlu dipecah kepada 3 dan berbeza dengan Barisan Nasional yang cuma ada 1.

Apa kata mereka pakatan pembangkang?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: