Khamis, 30 Mei 2013

#tolakPR RAFIZI RAMLI TAK FAHAM BAHASA

Mana le si Anwar Ibrahim ni kutip budak Rafizi ni agaknya sampai bahasa melayu pun tak berapa nak faham.

Kerajaan dah kata penurunan harga kenderaan akan dibuat berperingkat peringkat hingga tahun 2017 takkan itu pun susah sangat nak faham. 

Yang beriya sangat nak tuntut harga kereta tu kenapa? Baik suruh kerajaan Selangor hapuskan semua tol yang ada dalam negeri tersebut sebab janji pakatan pembangkang sekiranya menang nak hapuskan tol.

Jadi baik lgi kalau ianya dimulakan di negeri yang dimenangi oleh pakatan pembangkang, kita nak tengok sama ada mampu atau sekadar mampu bercakap.

Turun harga kereta pun bukan semua orang nak beli kereta sampai 2 atau 3 buah tapi hapuskan tol di Selangor untuk semua rakyat dalam negeri tersebut itu lebih baik.

Tapi biasa la pembangkang,  cakap tak serupa bikin, kononnya nak menang sampai jadi kerajaan pusat barulah nak turun semua tol yang ada, apa beza dengan tol yang ada dalam negeri? Hapuskan saja lah.

Kerajaan Selangor pun bukannya miskin, negeei paling kaya dalam semenanjung, apa nak risaukan? Atau masih mencari alasan macam mana nak mengelak daripada melunaskan janji janji masa PRU lepas?

Yang naik parking dalam negeri bukannya turunkan harga minyak atau hapuskan tol, nasib la rakyat Selangor dapat kerajaan pembohong.