Khamis, 23 Mei 2013

TANGKAPAN DILAKUKAN KERANA GAGAL PATUHI ARAHAN

Polis menahan 18 orang yang hadir untuk bersoladiriti dihadapan balai polis Jinjang malam tadi, ini termasuk 4 orang wanita.

Mereka ditahan setelah gagal mematuhi arahan untuk bersurai oleh anggota polis. 


Lepas ni nanti mesti ada dikalangan pembangkang yang akan menyalahkan kerajaan dan pasukan polis dengan mengatakan bahawa pasukan polis bertindak kejam dan ganas.

Seperti yang berlaku semasa himpunan BERSIH dulu juga la lebih kurang.

Tak kira siapa memerintah sekalipun,  kalau dah salah tetap juga salah.

Jangan menunding jari pada mana mana pihak, kalau nak berhimpun ikut arahan polis,  takkan ada sesiap yang ditangkap pun kalau betul mengikut arahan kan?

Jadi kepada pemimpin pakatan pembangkang, jangan pula jadikan ini sebagai alasan untuk mengatakan bahawa pasukan polis dan kerajaan Barisan Nasional itu kejam dan sebagainya.