Isnin, 20 Mei 2013

HADI AWANG TERPERANGKAP DALAM DILEMA KEISLAMAN

Agak pelik bila seorang presiden parti yang mengatakan bahawa mereka adalah parti yang memperjuangkan Islam tetapi tidak benar benar menghayati agama Islam itu sendiri.

Hadi Awang mengatakan bahawa UMNO adalah parti yang mengamalkan nationalist dan menolak Islam,  tetapi adakah PAS benar benar mencapai kata maksud Islam itu sendiri?


Satu persoalan disini, adakah dengan menolak penyatuan diantara dua parti Melayu Islam itu menunjukkan bahawa mereka mengamalkan cara cara islam?

Bukankah Islam itu menggalakkan penyatuan tidak kira sama ada kaum atau agama?

Tetapi perlu diingat, PAS lebih rela bersatu dengan parti yang menentang Islam sebenarnya,  DAP secara terang terangan menolak Islam serta dengan begitu angkuh mempersenda agama Islam di khalayak ramai.

Sebagai contoh di Pulau Pinang, DAP pernah membawa usul supaya azan di masjid di perlahankan dan bacaan ayat suci al-quran pada waktu subuh diperlahankan, adakah itu parti yang dipertahankan serta diperjuangkan bersama oleh PAS? 

Begitu juga dengan penggunaan kalimah Allah yang maba Setiausaha Agung DAP sendiri telah meminta supaya kalimah tersebut diberikan kebenaran untuk diguna pakai didalam Bible bahasa Melayu yang mana ianya menjadi kemarahan rakyat Malaysia.

Jadi disini kita perlu melihat siapa yang sebenarnya menolak agama Islam, Sangkakala tidak mengatakan bahawa PAS menolak agama Islam tetapi dengan mengatakan bahawa UMNO itu menolak agama Islam ianya adalah tidak benar sama sekali.

Para pengikut pakatan pembangkang terutamanya PAS perlu juga mengingati bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menyatukan dua kaum iaitu kaum Muhajirin dan Ansar dan ianya termaktub dalam sejarah Islam.

Tetapi apabila PAS menolak penyatuan diantara sesama Islam dimana kedudukan mereka yang mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Islam dalam negara ini.