Apa nak jadi pada pada pendemo pendemo tersebut? Takkan PKR mahu terus berdiam diri tidak melakukan apa apa tindakan susulan atau rundingan bagi melepaskan orang yang berdemo untuk mereka di sana.
Dengar kata ada juga tahanan yang menghubungi pemimpin pakatan pembangkang namun sehingga kini masih belum menerima apa apa jawapan lagi.
Kesian pula Sangkakala dengar berita ni, tapi yelah, nak buat macam mana? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kelakuan kena lah tanggung.
Nurul Izzah pula Sangkakala tengok macam takde apa perkara berlaku dan semenjak dua menjak ni beliau kelihatan jarang untuk keluarkan apa apa kenyataan berhubung dengan himpunan baik di Malaysia mahu pun di Singapura.
Apa yang Sangkakala nampak sekarang ialah, jika kerajaan Malaysia mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan dan undang undang ini, maka akan berketaklah mereka seperti ayam yang baru lepas bertelur.
Tapi bila rakyat Malaysia ditahan di Singapura atas kesalahan melanggar undang undang negara tersebut, semua menyepikan diri seolah olah tak mahu campur dengan urusan tersebut.
Kesimpulannya disini, mereka ini hanya akan memberikan perhatian selama tidak ditangkap dan selepas di tangkap maka pandai pandai lah mereka untuk melepaskan diri sendiri.
Inilah pemimpin yang tidak langsung memberi penghargaan kepada para pengikut mereka.