Apa kena mengena pulak dengan Datuk Seri Najib tentang perkara tersebut?
Pemilihan anggota jemaah menteri adalah dibawah bidang kuasa Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan tidak ada istilah kambing hitam atau tidak dalam UMNO.
Yang menjadi kambing hitam dan keldai sebenarnya adalah PAS yang rela dipe4gunakan oleh PKR di Selangor sebagai contoh, PAS memenangi kerusi melebihi daripada apa yang di perolehi oleh PKR namun Tan Sri Khalid Ibrahim maeih memegang jawatan sebagai Menteri Besar.
Bukankah itu kambing hitam atau keldai yang sebenarnya?
Satu lagi pertanyaan ialah, adakah Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Perdana Menteri setelah memperalatkan para pengikut pakatan pembangkang yang dibawa turun untuk berhimoun di sana sini?
Mahfuz perlu melihat perkara ini dengan lebih dalam lagi kerana PKR jelas telah menggunakan para pengikut pakatan pembangkang untuk tujuan kepentingan peribadi beliau.
Anwar juga menggunakan mereka ini untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri sedangkan rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ini memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan.
Dengan mempergunakan para pengikut untuk kepentingan politik sendiri, Anwar juga dilihat tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri bahkan tidak layak juga untuk menjadi ketua pembangkang d8 parlimen tambahan pula kerusi yang dimenangi adalah kurang daripada kerusi DAP.