Rabu, 22 Mei 2013

ANWAR SEMAKIN HARI SEMAKIN RISAU

Tempoh bertenang dan protes pilihanraya bakan berakhir pada 26 Mei ini dan ianya cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Anwar ibrahim dilihat semakin goyah kerana jika tempoh itu berakhir maka tidak akan ada lagi apa apa bantahan yang dikeluarkan akan dilayan.

Oleh yang demikian Anwar kini cuba mencari jalan bagaimana untuk membolehkan rakyat, khususnya anak anak muda untuk turun ke jalan jalan raya bagi melancarkan protes secara besar besaran dan itu juga sebab mengapa mereka (pakatan pembangkang) merancang untuk mengadakan himpunan pada 25 mei nanti.

Ini semua kerana kegilaan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dan mungkin juga atas beberapa desakan dari luar yang menuntut janji Anwar Ibrahim bahawa beliau amat yakin yang beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri serta membawa pakatan pembangkang menakluki Putrajaya.

Seperti malam tadi, bertempat di negeri Kedah, mereka mengadakan himpunan 505 walaupun tidak mendapat permit dari pihak polis dan ada pemimpin mengatakan bahawa untuk mengadakan rusuhan mereka perlukan senjata.

Perlu diingat bahawa, 'arab spring' tidak menggunakan senjata pada awalnya dan mereka juga berhimpun disana sini dan disuap dengan fitnah yang pelbagai hingga membuatkan rakyat marah kepada kerajaan dan seterusnya mengadakan rusuhan.

BERSIH 3.0 dulu juga tidak menggunakan senjata, tapi kita dapat lihat keganasan yang dilakukan oleh pengikut parti pembangkang merosakkan harta benda dan mencederakan pihak polis, dan tidak juga dinafikan bahawa mereka juga ada mengalami kecederaan akibat dari pertempuran dengan anggota keselamatan setelah mereka merempuh masuk ke kawasan yang dilarang.

Ini adalah contoh dimana keganasa bermula daripada himpunan dan ucapan ucapan berbaur hasutan kepada rakyat, dan jika ini dinafikan oleh mereka maka dapatlah dilihat dengan jelas pembohongan yang dilakukan oleh mereka.

Sangkakala juga pernah mendengar ucapan daripada CheguBard yang mengajak anak anak muda untuk turun ke jalan raya menuntut pilihanraya yang adil kononnya walaupun beberapa tuntutan mereka telah dilaksanakan oleh pihak SPR dalam PRU baru baru ini.

Bagai mana mereka mengatakan bahawa tidak ada rusuhan yang akan dilakukan oleh mereka jika mereka berhimpun sebegitu?

Tarikh 25 mei adalah tarikh akhir untuk mereka melakukan rusuhan bagi menuntut kemenangan diberikan kepada mereka dalam PRU baru baru ini dan ini dilihat amat merbahaya bagi ekonomi negara serta keselamatan orang ramai.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: