Jumaat, 31 Mei 2013

KEKECEWAAN KHIR TOYO TERPAMPANG

Dengan penolakan rayuan dan mengekalkan hukuman penjara keatas Datuk Seri Dr Khir Toyo, jelas membuktikan bahawa tidak ada diskriminasi dalam penguatkuasaan undang undang negara.


Walaupun beliau adalah bekas seorang Menteri Besar dan pernah memegang beberapa jawatan didalam kerajaan, namun undang undang tetap undang undang dan tidak ada kompromi jika mahkamah mensabitkan satu satu kesalahan itu walaupun kepada seorang pemimpin.

Tapi apa yang terjadi selalunya, seperti yang kita lihat dan dengar,  pihak pembangkang selalu mengatakan bahawa sistem perundangan negara dimanipulasi oleh kerajaan dan kerajaan yang menentukan satu satu hukuman termasuk membebaskan seseorang pesalah.

Dengan hukuman yang dikenakan keatas Datuk Seri Khir Toyo diharap tidak akan ada lagi suara suara sumbang yang mengatakan bahawa sistem perundangan negara penuh dengan pencemaran campurtangan pihak pihak tertentu kerana bukan sahaja kes Datuk Seri Khir Toyo ini menjadi contoh, malah banyak lagi kes kes lain yang telah dijatuhkan hukuman seadil adilnya oleh mahkamah. 

Namun sudah lumrah pembangkang yang kan mengatakan sistem perundangan otu adil apabila tindakan keatas mereka digugurkan dan mereka akan berkata sebaliknya sekiranya hukuman tetap dijalankan mengikut peraturan dan undang undang sedia ada.

Sebagai rakyat Malaysia, perkara ini perlu dihindarkan bagi mengelakkan tercemarnya pemikiran oleh mereka merekabyang tidak mahu mengaku tentang kesalahan yang mereka telah lakukan.

Khir Toyo dalam laman blognya hari ini mengatakan bahawa beliau kini pasrah dan redha kepada keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah persekutuan nanti setelah mahkamah tinggi mengekalkan hukuman penjara selama setahun terhadap beliau dan ini juga menunjukkan bahawa pemimpin UMNO tidak akan mengatakan sesuatu yang sebaliknya dan tidak menggunakan tangan tangan hitam untuk membebaskan mereka jika mahkamah telah menentukan bahawa mereka bersalah.