Khamis, 2 Mei 2013

#tolakpakatan LAGI BUKTI PEMBANGKANG TIDAK MESRA MEDIA

Pada 11 April yang lalu didalam artikel yang bertajuk 'saman papagomo untuk hentikan budaya fitnah' jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang yang selama ini mengatakan bahawa mereka adalah pejuang kebebasan media adalah satu pembohongan semata mata.

 Dengan tindakan memberikan saman kepada blogger tersebut, adakah itu dikatakan sebagai kebebasan media dan kenyataan Rafizi Ramli didalam artikel itu juga seolah olah mengugut semua para penggiat media atau wartawan sekiranya mereka (pakatan pembangkang) memerintah maka satu perubahan dalam sistem pemberitahuan melalui media akan dilaksanakan dimana, semua media yant dilihat pro kerajaan kini mungkin akan dihapuskan atau diharamkan.

Tetapi bagai mana pula dengan portal portal
 pembangkang? Jika mereka mengatakan bahawa blog papagomo itu sebagai satu blog yang ada unsur unsur fitnah, bagaimana pula dengan portal portal mereka yang tidak henti henti menabur fitnah tentang kerajaan?

 Apa yang Sangkakala nampak ialah, pakatan pembangkang kini berada dalam keadaan yang cukup tidak selesa memandangkan mereka kini sudah mempunyaipelbagai isu dari segi kejatuhan moral seorang demi seorang pemimpin pakatan pembangkang di peringkat pusat mahu pun peringkat negeri.

 Mereka juga dilihat seolah olah langsung tidak mampu menerima tekanan demi tekanan akibat dari keruntuhan akhlak para pemimpin mereka sendiri.

 Adakah ini yang dinamakan kebebasan media oleh pakatan pembangkang dengan menidakkan hak seorang penulis? Dan perlu diingat, Rafizi juga pernah di saman oleh menteri pertahanan akibat dan tuntutan tersebut masih lagi berjalan.

 Jadi disini perlu Sangkakala ingatkan kepada Rafizi bahawa sekiranya kita biasa memfitnah orang lain, jangan sesekali kita melatah apa bila orang mengeluarkan satu isu tentang diri kita dan kita pula cuba untuk mengatakan bahawa ianya adalah fitnah, kerana kebenaran pasti akan terbongkar apabila ianya diselidik.