Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang baru sahaja seminggu menyertai PAS dalam ucapannya di Padang Besar meminta supaya para pengundi agar menyokong Barisan Nasional yang mana ianya menjadi kejutan buat para pengikut PAS yang hadir dalam ceramah tersebut.
Walaupun beliau meminta maaf selepas itu kerana mengakui baru seminggu menyertai PAS dan tersasul ianya jelas menunjukkan bahawa beliau masih lagi menyokong Barisan Nasional kerana perkataan Barisan nasional itu tidak mungkin akan keluar jika pemikiran beliau sudah jauh ke dalam PAS.
Mungkin juga benar kata kata Karpal Singh nahawa kehadiran Muhammad Taib hanya akan menjadi masalah didalam PAS kerana beliau begitu lama dalam UMNO sehingga sudah sebati dengan parti itu.
Perkara sama juga telah dilakukan oleh Tan Sri Khalid Samad pada tahun 2007 yang mana ianya heboh diperkatakan oleh orang ramai dan juga didalam media cetak dan elektronik.
Muhammad yang selepas itu berkata bahawa beliau meminta supaya sesiapa yang mengambil video agar tidak menyebarkaannya selagi belum diedit untuk tontonan umum.
Nampaknya sekali lagi Muhammad membuka pekung PAS bahawa pakatan pembangkang memang suka dan mahir dalam mengubah suai video.
Untuk bacaan lanjut para pembaca boleh klik DISINI