Rabu, 6 Mac 2013

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG DAP OLEH MELAYU ISLAM (5)

Pengerusi DAP Kebangsaan telah mengugut bahawa beliau akan menyaman Sultan Perak kerana tidak memperkenankan DUN Perak dibubarkan apabila beberapa ADUN parti pembangkang bertindak keluar parti dan menjadi ADUN bebas serta menyokong Barisan Nasional kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran pembangkang di negeri Perak ketika itu.

3 orang ADUN masing masing dari kawasan DUN Behrang (yb Jamaluddin Radzi), Changkat Jering (yb Kpt (b) Osman Jailu) dan Jelapang (yb Hee Yit Foong) bertindak keluar dari parti kerana tidak selesa dengan kepimpinan pembangkang dinegeri itu yang disifatkan sebagai kerbau dicucuk hidung.

Setelah ketiga tiga mereka ini bertindak untuk keluar dari parti dan menjadi ADUN bebas, maka Barisan Nasional telah berjaya mengambil semula tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak setelah ketiga tiga mereka bersetuju untuk menyokong Barisan Nasional menjadi kerajaan.

Dan pada ketika itu, pelbagai kejadian yang memalukan telah berlaku dimana, himpunan Sidang DUN bawah pokok dan sebagainya diadakan di negeri Perak.

Ini semua kerana hasutan oleh DAP yang merasakan bahawa mereka tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengarahkan Menteri Besar untuk melakukan apa apa juga perancangan mereka.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: