Selasa, 20 Mac 2012

IKAN KELISA BUKIT MERAH TERCEMAR DENGAN RADIOAKTIF

Bukit Merah di negeri Perak merupakan sebuah pusat peranginan dan pelancongan yang menjadi daya penarik untuk pelancong singgah dan bersantai. Tasik Bukit Merah yang indah dan aman juga menjadi tumpuan apabila tiba musim cuti untuk keluarga menikmati percutian.

Dari segi ekonominya pula, Tasik Bukit Merah merupakan kawasan yang menjanjikan ikan air tawar diantara yang terbaik di tanah air.

Ikan Kelisa atau Arrowana liar juga boleh ditemui di tasik ini termasuk ikan-iakan air tawar yang bermutu tinggi.
ikan kelisa atau arrowana yang diternak di
bukit merah
Kini kita dapat melihat pengusaha-pengusaha ikan kelisa dalam kolam ternakan memenuhi kawasan Bukit Merah yang mana kadar Ph air dan tanah kawasan ini amat sesuai untuk penternakan ikan yang boleh diiktiraf sebagai ikan permintaan antarabangsa itu.



Kebanyakan ikan-ikan ini dieksport ke luar negara dan harga bagi setiap ekor ikan ini boleh mencecah ribuan ringgit bergantung pada saiz dan jenis ikan arrowana.

Itu kita kata dari segi perikanan, dari segi pertanian pula, kawasan Bukit Merah adalah salah satu kawasan dimana penanaman padi giat dijalankan dengan pengeluaran yang boleh dikatakan memberangsangkan bagi menjana pendapatan para petani atau pesawah di kawasan tersebut.

Jika dikaji semula, seperti yang dilaporkan oleh NGO anti Lynas yang mengatakan bahawa kawasan ini adalah kawasan yang mempunyai bacaan radioaktif yang tinggi, bolehkah kawasan Bukit Merah sesuai untuk pembiakan ikan arrowana serta penanaman padi seperti yang Sangkakala sebutkan tadi?

Jika keadaan itu benar berlaku, sudah pasti pengusaha Aquakultur akan menimpa musibah yang besar dan sudah pasti akan berlaku kerugian yang bernilai bukan puluhan ribu malahan mungkin puluhan juta ringgit. Ianya juga bukan sahaja melibatkan pengusaha tempatan malah pelabur asing juga akan terlibat sama dalam kerugian ini.




Tapi apa yang dilihat kini, ratusan kolam ikan dan puluhan ribu ekar penanaman padi dijalankan. Ternyata mereka hanya cuba menakut-nakutkan rakyat di kawasan Bukit Merah.

Mengikut dari apa yang Sangkakala ketahui, Radiasi juga boleh diterima oleh orang ramai dengan penggunaan telefon bimbit kerana ianya juga mempunyai komponen dari bahan yang diperbuat menggunakan Nadir Bumi.

Jadi yang mana lebih selamat? Perusahaan yang dikawal selia atau penggunaan yang tiada halangan?
Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik. Isu Lynas hanya mainan pembangkang dan ianya hanya untuk menggagalkan kerajaan dalam usaha menaikkan taraf ekonomi penduduk disekitar kawasan tersebut dimana peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka dengan luas, inilah yang cuba ditutup oleh pembangkang yang sebenarnya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Admin. Bukit Merah yang dimaksudkan bukan di Krian, tetapi di L ahat, Ipoh. Bekas tapak Kilang Asian Rare Earth terdapat di Bukit Merah, Lahat.

Tanpa Nama berkata...

bukit merah ipoh la... nmpk sngt xupdate... org cter dia nk cter gak tp xwat research dlu, kn dh kantoi.... hahaha....