Rabu, 7 Mac 2012

UNDI CINA DAP KEPADA PAS HANYA UNTUK DAP

Dalam pilihanraya umum yang ke 12 (PRU12) yang lepas, kita telah melihat kemenangangan Pakatan Rakyat bagi beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Perkara ini amat dibanggakan oleh PAS yang selama ini hanya memerintah Negeri Kelantan.

Mengikut pemimpin dan penyokong PAS, pemberian undi kaum cina kepada mereka membuktikan PAS diterima oleh orang bukan islam terutamanya kaum cina (penokong DAP) yang selama ini dilihat tidak mengundi parti itu.

Apa yang sebenarnya ialah, penyokong DAP khususnya masyarakat cina hanya memberikan undi kepada PAS untuk membolehkan DAP menjadi pemerintah dan bukannya atas dasar kepercayaan atau persahabatan.

Ini dapat dilihat apabila mereka memenangi negeri Perak, jelas kelihatan Menteri Besar pada ketika itu Datuk Seri Nizar Jamaluddin hanya tunduk mengikut kata-kata pemimpin DAP dalam pentadbiran negeri.

Orang Melayu khususnya pengikut dan pemimpin PAS mungkin tidak nampak dengan apa yang terjadi. tetapi itu adalah hakikat yang sebenar. Perkara ini dikuatkan lagi apabila 2 orang wakil rakyat dari PKR iaitu YB En Osman Jailu serta  YB En. Jamaluddin Radzi yang tidak lagi mahu menjadi wakil rakyat mewakili parti berkenaan tetapi memilih untuk keluar dari parti menjadi wakil rakyat bebas kemudian menyokong  Barisan Nasional untuk mentadbir negeri tersebut.

Ini juga terbukti apabila beberapa orang lagi wakil rakyat dari pihak Pakatan mengikut jejak langkah mereka berdua setelah tidak lagi merasakan bahawa parti tersebut mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan.

Jika kita ambil pula tentang Selangor, Pakatan Rakyat mendapat undi hingga menjadi kerajaan hanya kerana kepentingan DAP, ini juga jelas terbukti apabila Datuk Dr Hassan Ali dikritik dan dicemuh apabila mengadakan pemeriksaan mengejut di Gereja Methodist Damansara. Pelbagai tohmahan dilemparkan keatas beliau hanya semata-mata untuk menegakkan Islam di Negeri itu. Tindakan beliau telah mengundang rasa tidak puas hati dikalangan beberapa orang pemimpin DAP yang akhirnya melihat Menteri Besar tidak berani bersuara walaupun mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Begitu juga apabila Datuk Dr Hassan Ali melarang kedai serbaneka 24jam dari menjual arak, pempimpin DAP dengan lantang telah mengkritik bekas EXCO agama Islam negri tersebut dan perkara ini juga tidak dapat disanggah oleh Menteri Besar yang mempunyai kuasa Eksekutif dalam pengharaman atau larangan tersebut dan seterusnya membiarkan sahaja perkara itu berlalu tanpa sebarang tindakan.

Daripada apa yang Sangkakala katakan diatas sudah jelas kelihatan bahawa undi kaum cina (pengikut DAP) ini hanyalah untuk memberikan mereka kuasa dalam pemerintahan. Jadi kepada anak-anak muda berfikirlah secara matang dan dewasa, siapa yang membela kita selama ini? pertanyaan ini bukan sahaja Sangkakala tujukan kepada anak-anak Melayu tetapi kepada semua anak-anak muda Rakyat Malaysia.


1 ulasan:

Cats Thinker berkata...

Salam tuan tanah.minta laluan beri pandangan.Masih ramai golongan muda yg tak sedar.Perlu ada approach yg berkesan utk menyedarkan mereka ini.UMNO sendiri perlu kerja kuat utk mendekati mereka ini.btw mohon pautkan link blog CT.tq